Wednesday, September 20, 2017

REVIEW: Sarapan pagi di Bila-Bila, AVANI Sepang Goldcoast Resort

Assalammualaikum & Salam sejahtera

Sarapan pagi di AVANI Sepang bermula dari jam 6.30 pagi. Ikutkan pilihan nak bersarapan memang banyak kat sini. Korang boleh pilih samada nak makan dalam restoran atau makan di luar mengadap pemandangan pagi yang cantik ni. Disebabkan pagi tu tak panas, cuaca pun cantik aje, kami sekeluarga makan lah kat luar Bila-Bila Restaurant ini. Sesekali bersarapan mengadap laut haa..






Kalau nak cerita pilihan sarapan pagi kat sini memang lah banyak. Dari yang barat sehingga timur semua ada. Memang kolin suka sebab dari yang tua sampailah yang muda boleh pilih. Jom ada lah sikit gambar antara sarapan pagi yang ada di sini. Ala buffet dan korang boleh lah ambil sebanyak mana korang nak. Tapi nasihat kolin, kalau makan buffet ambil sekadar yang mampu untuk korang habiskan. Jangan membazir! Inilah antara pilihan sarapan pagi di Bila-Bila Restaurant.










Ini baru round pertama tau.. makan ini dulu hehehe


Jangan terpedaya nampak sikit hahaha. Ikutkan hidangan sini banyak. Nasi minyak dan nasi lemak pun ada. Goreng-goreng panas pun ada. Memang kena ambil sedikit-sedikit sebab nak rasa semua menu buffet sarapan pagi di AVANI Sepang ini. Korang kalau menginap sini memang akan rasa puas hati sangat makan sarapan di sini. Masa dinner kat Perahu pun tak 'move on' lagi kan. Ini tambah pulak hidangan yang sebegini...kena datang bercuti sini okay. Bawak sekeluarga atau pun kawan-kawan tau. 




Kalau nak kongsi memang banyak laa menu. Setakat ini aje kut gambar kolin kongsi dengan korang. Kalau dah makan tak melepak tepi kolam infiniti tu memang lah tak sah kan. 




 
Selesai breakfast, kami sekeluarga pun berehat dalam bilik aje. Menikmati bayu pagi sebelum nak check out. Buat yang terlepas boleh lah baca semua review kolin pasal AVANI Sepang Goldcoast Resort kat sini:

Part 1 - Review AVANI Sepang Goldcoast Resort
Part 2: Aktiviti Petang di AVANI Sepang Goldcoast Resort
Part 3: Makan Malam di Perahu, AVANI Sepang Goldcoast Resort

Baca tau korang...terima kasih daun keladi hihihi

 Dah tiba time nak balik dah !!! Terima kasih kepada AVANI Sepang Goldcoast Resort yang melayani kami sekeluarga. Sudah pasti kami akan kembali lagi nanti. 





Harap dengan semua review ini dapat membantu korang kalau ada perancangan untuk ke sini. Terima kasih dan semoga jumpa lagi AVANI Sepang Goldcoast Resort

Babai,

Kolin Zainal 

Tuesday, September 19, 2017

tips simpan tudung

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Tak tahu lah korang berapa banyak tudung yang ada kan. Kalau korang tanya kolin  memang macam-macam lah fesyen yang ada. Yang awning, yang sarung, yang instant dan juga shawl. Shawl adalah paling kolin suka pakai. Tak pandai pun nak melilit macam-macam gaya. Tapi rasanya shawl adalah paling senang kolin gayakan untuk ke pejabat atau pun ke mana jua. Jadinya memang pening bila koleksi dah bertambah banyak huhuu. Iyelah bukan mahal pun, kadang RM5 pun dah dapat shawl yang lawa digayakan. Itu yang duk laa google cara nak simpan tudung paling senang. Tapi tak dapat juga idea..ramai suruh gantung. Tapi kolin rasa semak sebab semua baju pergi kerja pun gantung juga. Jadinya kolin pilih satu penyelesaian yang sangat mudah pada kolin.

Kolin beli tupperware yang besar. Yang selalu orang letak baju tu, modal dalam RM30 tak silap kolin. Kalau korang pandai, dapat cari murah dan jua transparent. Lagi senang nak tengok shawl korang dah tahap mana, bahaya ker atau dah cukup sudah hehehe.

Selepas itu kolin beli getah dan kolin gulung semua shawl ikat terus dengan getah tu. Ya ampun..memang jimat ruang betul !


Bila dah kemas macam ini kan, baru lah kolin perasan yang pink seakan-akan ada 4-5 helai, biru macam-macam biru dan ada yang sama warna pun. Aduhaiii..pembaziran betul. Memang bila sikit gantung, sikit lipat dan sedikit longok ini memang tak nampak. Kesudahannya bila kolin buat macam ini memang tak ada yang gantung. Lagi senang, lepas dah jemur, kolin gulung terus dan ikat getah. Nak punggah pun pun tak lah bersepah sangat. Sebab senang nak cari. Dah hampir sebulan kolin simpan tudung pakai tips ini memang berkesan. 



Dan apabila tupperware yang besar gedabak ini hampir penuh dengan shawl yang ada, kolin rasa 'i should stop buying it' hahahha. Ini pun kolin dah sorting mana tak nak pakai satu beg besar tau. Maklumlah pantang ke mana-mana nampak cantik murah ker mahal kita sebat. Selalu yang murah laa....kita tak kisah murah..janji lawa aje kita pakai kan. Jadinya...cukup satu tupperware dan satu bekas lain semua shawl. Aduhaiii...perempuan kalau dah bertudung memang banyak laa koleksi kan. Padahal warna tu semua sama aje hahahah. Jadinya inilah style kolin simpan tudung kolin. Korang kalau ada tips lain yang lebih bagus jangan lah tak share weii.. Tapi setakat ini kolin suka cara simpan macam ini. Bila nak cari pun senang aje....sebab dia tak akan telerai dan selerak. Nak kemas masa lipat baju pun senang. Lagipun kalau korang nak tips travel kan memang di sarankan korang gulung baju korang supaya luggage tak sendat. 

Selamat mengemas tudung korang....kolin dah lega hahhaha

Love, 

Kolin Zainal

Friday, September 15, 2017

REVIEW: Makan Malam di Perahu, AVANI Sepang Goldcoast Resort

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Untuk kali ini tempat makan malam yang agak istimewa sedikit. Tapi atas kelekaan bermain kolam renang, kolin dan keluarga agak lewat sampai ke tempat makan malam kami. Kalau korang nak tahu, AVANI Sepang ada satu ruang makan yang sangat-sangat romantis. Buat korang yang mencari 'candle light dinner' yang ada sunset, udara segar dan pemandangan menarik, ini lah tempatnya. Rasanya kalau korang nak melamar kekasih hati sesuai sangat dengan tempat ini. Cuma kolin pergi dah gelap, sayang sangat!

Kalau korang nak tahu inilah PERAHU. Gambar ini kolin pinjam dari google aje. Cantik kan tempat ini. Dari resort korang kena naik buggy, tak lah jauh kalau nak jalan balik pun. Tapi memang keluar dari resort lah tempatnya. 

from google

from google

Dia ada ruang mcam patio, tempat pantai gitu. Kalau nak tahu Bagan Lalang adalah tempat yang cantik untuk kita enjoy matahari terbenam. Bayangkan korang datang sini tuk raikan cinta ker, melamar ke atau saja-saja nak romantik memang sesuai sangat. 

from google

Tapi disebabkan kolin keluar jam 8.00 malam tak dapatlah pemandangan romantik itu. Tapi best sangat bila kolin sekeluarga sampai nampak setting meja macam ini. Memang tak sangka, rasa terharu sangat. Meja di hias rapi untuk santapan kami makan malam berlima. Mama kolin pun excited sangat tengok, maklumlah pertama kali hahahha. Cuma dah gelap malam dengar ombak aje lah ye. Tak nampak apa dah...nasib baik tak hujan dan banyak sangat bintang malam tu. 






Ini pembuka selera yang disediakan sebaik sahaja kami sampai. Roti panas yang di stim dan pelbagai perasa pencicah di sediakan. Memang sedap lah, lagipun kami semua lapar setelah mandi manda kat kolam tadi kan.



Untuk menu hidangan di Perahu, ada western dan ada juga nasi berlauk. Korang boleh pesan udang, sotong, ikan dan lauk mengikut selera. Cuma pilihan tidak lah banyak macam kedai tomyam. Tapi kolin boleh jamin, hidangan makanan laut memang segar di Perahu ini. 


 Ini pilihan suami kolin. Dia memang peminat daging, jadi dia memilih wagyu steak untuk hidangan makan malam di Perahu. 
Buat Alisa Maisara yang suka makan ikan salmon, inilah pilihan dia. Kolin lupa nak snap gambar menu yang disediakan di sini. Tapi macam kolin katakan menu dia tak lah banyak. Cuma pasti menu tu dapat memenuhi setiap keinginan orang yang makan di sini. 



Inilah hidangan ikan salmon, bawah ikan salmon tu ada pasta. Rasanya sedap sangat....masa Alisa makan ini kolin yang menyibuk merasa sama. Sebab lawa sangat presentation dia. 

Alisa dan papa memang dah pilih western. Tapi kolin, mama dan ali imran tekak melayu. Jadi kami memilih nasi putih bersama lauk pauk. Memang tak kenyang laa nak makan western kan. 



 Kami order ikan siakap cili, udang harimau masak butter, sayur goreng tiram dan sup sayur.





Sedap tau masakan kat sini. Memang kalau korang nak menyambut ulangtahun atau apa sahaja acara boleh tempah Perahu. Memang lawa sangat tempat ini. Kami makan perlahan-lahan sambil nikmati angin laut di waktu malam. 




Menarik kan...korang boleh lah bercuti di sini dan rasai pengalaman makan malam romantis di AVANI Sepang Goldcoast Resort. Dah kenyang dan tiba lah masa untuk kami sekeluarga berehat. Macam kolin cakap, dalam bilik ada WIFI. Sebelum tidur, kolin selesaikan lah kerja-kerja yang tertunggak. Dalam bercuti pun boleh juga buat kerja sambil menikmati bayu laut di balkoni hihih.

Jangan lupa kalau tak menginap di AVANI Sepang, korang masih boleh menempah makan malam kat sini tau. Datang petang dan sila lah nikmati suasana petang romantis bersama yang tersayang okay.
 


Love, 

Kolin Zainal

Thursday, September 14, 2017

Kata Ustaz Hanafi TV9

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Ustaz ni datang office kolin pagi ni. Mulanya tak tahu pun ustaz ni sakit. Tapi dah duduk lama kawan-kawan share yang dia sakit stage 4 kanser Limfoma. Ya Allah, sedihnya dengar. Tapi ustaz ini kuat betul semangat dia. Dia doa nak mati dalam mengajar, nak pergi dalam menegakkan ilmu. Bagusnya...kagum dengan dia. 

Dalam banyak-banyak cerita pagi ini, apa yang kolin lekat dalam ingatan adalah, 'JANGAN KITA RASA KITA MULIA SANGAT'

Sebab pangkat kita besar, kereta kita mewah, rumah kita bak istana kita rasa kita MULIA. Sebab kita pakai tudung labuh, mengaji sana sini, kita rasa kita MULIA. Bahasa paling ringkas jangan sebab kita sarung tudung itik mahal, kita rasa kita MULIA dari orang yang pakai tudung pasar malam.

Terima kasih ustaz. Semoga ustaz diberikan kesembuhan segera dan semoga terus semangat dalam menyampaikan ceramah-ceramah. Ustaz Hanafi ini kelakar sangat orangnya...tak mengantuk dengar ceramah dia. Semoga ustaz kuat terus yaaa...



Love,

Kolin Zainal 

Wednesday, September 13, 2017

REVIEW: Aktiviti Petang di AVANI Sepang Goldcoast Resort

asssalammualaikum & salam sejahtera
 
Bersambung dari Part 1 heheh. Anak-anak memang merengek-rengek dari jam 3.00 petang masa daftar masuk lagi. Merengek pasal nak mandi kolam lerr. Tapi kami suruh mereka leka tengok TV dahulu. Ada channel Ceria Astro tu kan, memang kartun aje lah sampai ke jam 5.00 petang tu. Kami yang dewasa ni sempat lah tidur berehat sekejap di atas katil yang empuk. Dengan dengar ombak laut lagi. Tepat masa dia pun bersiap laa nak pergi mandi pool! Kita pun jom lerrr berhu hu hu



Kemain gembira anak dara kita nak pergi mandi kolam haa...
Tapi bila dah sampai baru terperasan 'goggle' tertinggal kat rumah. Merengek laa nak swimming tak boleh pasal tak ada cermin nak masuk dalam air. Nasib baik berdekat dengan kolam renang ini ada kedai. Kedai tu memang jual macam-macam. Korang nak gula-gula, keropok, baju, pelampung, segala-galanya ada dijual. Kenalah lah beli sorang satu. Satu harga dah RM22.90, so pecah telur pertama shopping di AVANI. So kalau korang nak pergi, jangan lupa bawak semua gadjet berenang anak-anak okay. Kalau terlupa macam kami memang lah kena beli. 

Buat korang yang tak tahu, kolam renang di AVANI Sepang adalah antara yang cantik pernah kolin tengok !! Cantik sebab kalau tengok dari depan, infinity pool tau. Nampak serata sahaja dengan laut terbentang luas tu. 



Tempat berehat pun ada, kalau tak nak mandi boleh lah bersantai kat tepi sambil ambil angin. Buat yang tak nak berenang, korang boleh ke gym. Gym betul-betul bertentangan dengan kolam renang. Disebabkan kolin pun dah basah kuyup, tak sempat nak tengok gym. Tapi kalau korang dari kolam renang boleh tengok ramai pengunjung mengunakan peralatan gym mereka. Lengkap !!


  
Alisa sengih laa dapat mandi kolam kan. Kolam ini dibuka sampai 10 malam tau. Kalau korang memang suka berendam, kolin memang suggest book bercuti kat sini cepat-cepat. Dah nak cuti hujung tahun pun kan. Promosi pun tengah banyak sekarang rugi tak ambil peluang ini cepat-cepat. Tuala tak perlu bawa pun, sebab tepi kolam ada perkhidmatan pinjam tuala. Tapi lepas guna pulang balik di kaunter yang sama tau. Jangan bawa balik villa pula.


Inilah dia kolam renang infiniti. Boleh lepak kat tembok ini dan layan pemandangan laut lepas. Kebetulan cuaca pun tak hujan, tak panas sangat. Kedalaman kolam renang pun tak dalam mana pun. Memang kolin pun tak nak la lepas peluang bergambar kat sini kan. Tapi tak boleh nak bergambar beriya-iya pulak hahahah. Kebetulan ramai orang kat kolam. Tapi tetap bergambar kenangan okay. Sebab kolam renang cantik sangat. 

Tudung Ariani ni kolin beli RM10 3 helai, terus pakai pi mandi kolam hahaha


 Siapa yang tak rasa bahagia weii...duduk melepak macam tu. Kolin duduk sampai nak maghrib. Korang yang bawak orang tua macam mama kolin, boleh lah melepak tepi kolam tu. Banyak ruang santai yang disediakan tau. Jangan risau selesa buat semua peringkat umur yang datang bercuti di sini. 




 Kolam kanak-kanak pun ada juga, kalau rasa nak melepak tengok anak mandi-manda pun boleh. Lagi best kat sini korang boleh enjoy sunset dan juga tengok kapal terbang, maklumlah memang berdekatan dengan KLIA dan KLIA2 kan. Bukan nak sengaja puji, tapi memang beruntung sangat dapat jejak kaki kat resort ini. Memang damai sangat perasaan. Lagi seronok dapat datang sekeluarga. Kenangan kan, anak-anak pun memang asyik senyum aje. Inilah orang cakap, percutian keluarga tak semestinya kena jauh-jauh, kena naik kapal terbang, kena cop pasport. Tapi kalau korang bercuti bajet, dalam negera sendiri pun dah cukup memadai. Tapi kalau kaya sikit pergi lah jauh-jauh ahhahah. Kita tak larang, tapi lagi happy kalau tengok kawan kita travel negara orang tau. 




 Inilah mama aka cik timah, memang dia pun suka benar lah resort ini. Serius memang cantik. Okay dah cerita pasal kolam renang kan. Gym pun ada jugak kan..ni nampak dari kolam gym tu..



 haa..nampak tak yang depan tu ...gym lah tu. Dari kolam renang dah nampak dah. Tapi kalau tak nak gym dan tak mahu berenang. Korang boleh ambil sahaja basikal yang disediakan dan terus bersiar-siar di sepanjang resort ini. Basikal tu tak perlu sewa pun !! Korang boleh ambil sahaja dan teruslah mengayuh.


 Mesti terfikir nak kayuh ke mana pulak kan. Ini info untuk korang yang bakal bercuti di sini. AVANI Sepang ni besar !! Nah tengok betapa banyak villa yang mereka ada untuk semua pengunjung. 


Dekat 1000 villa, dan kalau tengok ada 9 pelepah atau 9 trunk di sini. Jadinya korang boleh lah mengayuh basikal untuk bersiar-siar di setiap pelusuk resort. Lagi best kalau korang berkayuh ke trunk 6 dan 5 tu. Sebab memang penghujung dan kolin pasti pemandangan yang ada sure membuatkan korang jatuh cinta berkali-kali. Kolin sendiri tak sangka dalam Malaysia, dekat dengan Kuala Lumpur ada resort macam ini. Kumpul duit okay, book cepat-cepat dan datang nikmati percutian korang sendiri kat sini ye. 

Kalau nak rasa pasir laut pun boleh juga. Terus naik buggy ke bahagian hadapan hotel dan lepak tepi laut. Tapi korang kena tahu, pantai bagan lalang ada masa air pasang dan surut. Petang baru lah air naik tau, kalau awal-awal tu lumpur lah. Tapi buat yang pandai cari kepah dan siput pepahat boleh lah datang kat sini. 


Ini lah dia antara aktiviti petang yang boleh korang lakukan di AVANI Sepang Goldcoast Resort.  

Semoga perkongsian Part 2 kolin bercuti bersama keluarga di sini memberikan sedikit informasi buat korang semua. Nanti kolin share Part 3 pulak ye. Terima kasih membaca

Babai

Kolin Zainal