Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

5 makanan terbaik untuk kulit kita

Assalammualaikum

haa kali ini mamy come across satu artikel yang sangat menarik for me!
well umo dah masuk 3 series nih memang nak makan
yang berkhasiat dan membawak kebaikan aje..maklum lah nak kekal
keremajaan berpanjangan kui kuikui..

anyway apa saja yg bagus kita patut amik dan makan. betul tak?
untuk kita dan jua keluarga yang tercinta...

untuk itu..mari kita sama-sama usha ok!

1. Brokoli

kaya dengan vit a, c dan k. Vit A dpt membantu mengelakkan kulit muka
dari berminyak. Vit C pula merupakan anti-oksidan kuat dan Vit K pula dapat
mencegah timbulnya lebam di kulit.

kalu melihat kebaikan ini..mamy rasa kene mula beli lah..
cara yang paling mudah nak masak brokoli ni..for mamy lah
masa masak nasi tuh..buh sayur brokoli ni kat atas dan stim...

haaaa....mesti sedap kan..or else kita buat masak sos tiram..yummy
i am really fan of sayur n ulam ulaman ...

2. Teh Hijau

Tiga teko teh hijau sehari dpat menyumbang kepada antioksidan yang
secukupnya bagi tubuh anda sehingga ia terbukti mampui melawan
penuaan serta peradangan. seperti badam juga teh hijau mampu
mengurangkan risiko kanser kulit.

mamy memang peminat teh..but then selalu minum lipton.
lepas ni kene switch to teh hijau laa..lagi bagus rasanya.
rasanya lipton ada kut teh hijau nih..

3. Minyak Bunga Matahari

Menganduni omega-6 yang penting untuk mencegah kulit kering
dan radang kulit. Juga penting bagi pembentukan prostaglandin iaitu
hormon yang menjaga sel-sel tubuh agar berfungsi dengan baik.

hah..mana laks aku nak p cari minyak nih???? naya tul..

4. Ikan Salmon

Ikan salmon dan ikan kod contohnya kaya dengan khasiat Omega 3.
Ini penting kerana ia berfungsi memelihara kulit, melembapkan
dan dapat menghindarkan kulit dari penyakit-penyakit kulit
seperti dermatitis atopik dan rosacea. Ikan juga mengandung
Vit D yang baik untuk melindungi kulit dari penahan sinar matahari.

Wallah..mahal ooo ikan nih...
jusco jual brapa ingit tak sekeping tuh..bajet lari lalalalal

5. Badam

memakan segenggam badam setiap hari dapat meningkatkan kadar
Vit E dan antioksidan yang penting untuk kesihatan kulit.
Ia juga berfungsi untuk melembapkan kulit yang kering.
Selain itu, ia jua melindungi kulit dari penuaan, peradangan dan kanser kulit.

Apa kata anda?
bole ke kita nak amalkan nih...mamy ler..insya-Allah bole kut..

Untuk mendapatkan kulit yang lebih sihat, apa kata kita ramai-ramai cuba makan
ikan salmon yang dihidangkan dengan brokoli, dan siramkan
sikit dengan minyak bunga matahari...waa mesti menarik kannnn

Selamat mencuba~






/

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you