Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Derma untuk Aman Palestin

Assalammualaikum

Kolin masih mencari jalan macam mana nak tolong bumi palestin, tolong gaza. Berdoa setiap hari dalam solat 5 waktu Insya Allah. Tapi selain berdoa usaha juga perlu di lakukan. Mencari ruang dan peluang, ada juga di facebook kawan-kawan suruh boikot itu dan ini. Well salah satu usaha juga. Mungkin tak besar bagi sesetengah yang mengkritik, tapi berusaha juga tak salah. Berdoa dan berusaha sangat-sangat untuk rakyat palestin.

Sedih lihat dalam facebook, surat khabar, berita dan semua sumber yang ada ini. Katanya gaza menyerang mereka, tapi kenapa pulak yang melayang nyawa cuma penduduk gaza!! takde pulak berita atau gambar anak orang israel yahudi tu mati. Tapi semua anak warga palestin yang terbunuh, cedera dan trauma. Kalau benarlah palestin membedil negara mereka..tunjukkan lah gambar kemusnahan israel. Tapi tak de kan? 

Lagi satu, usaha apa bumi arab yang lain buat. Mengaku kita saudar sesama islam, kenapa dibiarkan bumi gaza dan rakyat palestin menderita. Apa tindakan semua warga mesir??? susah sangat ke nak hantar kereta kebal runtuhkan tembok tu. Susah sangat ke nak cross hantar bantuan..mati syahid di zaman moden ni bukan yang kita nak sangat ke? Kenapa takut sangat dengan Israel Laknatullah tu!
Tapi again...aku hanya boleh cakap..Cakap senang buat..hrmmm. sedehh

Anyway i am doing my part now. Menderma melalui tabung aman palestin. Semua kawan-kawan boleh menderma dari serendah RM10 untuk tabung amal ini. Semoga dengan sedikit sumbangan dari tiap seorang dari kita membawa perubahan dan gelombang baru yang lebih aman di bumi Gaza.

Melalui www.amanpalestin.net kita boleh menderma secara terus untuk membantu rakyat palestin. Semua wang yang didermakan ini akan disalurkan untuk berbagai bagi meringankan beban mereka.

Dana Sumbangan & Derma
Bank Islam (M) Berhad: 12029010047880
Maybank (M) Berhad: 562263010787
Bank Muamalat (M) Berhad: 12070005133717
RHB Islamic Bank: 21245760004907
Bank Rakyat: 22-080-619592-2
Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam (M) Berhad: 1202-9010-0598-95
 
Pilihan di tangan anda~
 
Free Palestin!!
 
 

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you