Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

panduan ibu bapa menanggani isu anak

assalammualaikum

kebanyakkan kita ni sebagai mak pak memang mencari-cari tips yang bagus untuk mendidik anak. Dan disebabkan sikap keprihatinan kolin yang agak melampau ini, artikel dari BH bertarikh 21 Mei 2013 ini kolin bakal share. Kita pun pernah jadi budak dan anak kepada ibubapa. Dan for sure kita nak sangat faham isu anak-anak ini. 
I am totally in with this issue. 

1. perhatikan mereka bila waktu mereka gemar memulakan perbualan sama ada sebelum tidur, sebelum makan malam, di dalam kereta atau di mana saja.

2. Mulakan dulu perbualan ia membuatkan anak berasa dirinya penting di mata anda.

3. Peruntukkan waktu khas pada setiap hujung minggu untuk melakukan aktiviti santai bersama dan elakkan ia berjalan dalam keadaan tergesa gesa

4. Ambil tahu minat anak jika dia sukakan muzik, tunjukkan anda juga minat perkara sama

5. mulakan perbualan dengan apa yang anda sedang fikirkan bukan pertanyaan yang membebani perasaan mereka

6. biarkan anak tahu anda seorang pendengar yang baik

7. bila anak sedang bercakap mengenai kebimbangannya berikan sepenuh tumpuan.

8. tunjukkan minat anda terhadap perbualan anak dan tidak mencelah.

9. dengar apaka kehendak yang cuba anak sampaikan apabila bercakap, walaupun ia sukar untuk diterima oleh minda ibu atau bapa.

10. biarkan mereka menyudahkan pertanyaan atau permintaan sebelum anda memberi maklum balas.

11. ulang semula apa yang mereka sebutkan bagi memastikan anda benar benar memahami apa yang disampaikan.

12. berikan maklum balas dalam permasalahan dilontarkan yang akan mereka patuhi

13.  berkata kata tegas namun dalam tutur yang lembut. anak mudah memberontak jika ibu bapa sering marah dan menyalahkan anak.

14. berikan pendapat tanpa merendahkan kemampuan anak. 

15. jangan bergaduh mencari siapa yang betul, siapa yang salah. tidak mengapa jika anda mengatakan  "ibu tahu, iman tidak bersetuju dengan pendapat ibu tapi ia apa yang ibu rasakan iman perlu buat.

16. fokus terhadap perasaan anak bukan hanya perasaan sendiri ketika berbual.


well...melihat kepada semua item di atas tu, kolin akan usahakan supaya isu anak-anak dapat diselesaikan dengan cara berhemah. Semoga anak-anak yang bakal kita didik menjadi lebih baik dan sempurna untuk masa depan.
Mommy loves u ali dan alisa..so much!!!





2 comments:

  1. anak-anak kita lahir dlm dunia serba moden, kita sbg makbapak pun kena extra terrer tackle & didik dorg..go by the flow bak kata mat salleh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang..lagi lah dah besar2 ni soalan ajaib banyak laa sangat huhuh

      Delete

loving me..loving you