Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Hair Pro by Watsons


Watsons Malaysia dengan bangganya memperkenalkan rangkaian penjagaan rambut terbaru yang diformulasikan dengan Heat Active Technology, Hair Pro dari Watsons Heat Active di Number76 Hair Salon, Mid Valley Kuala Lumpur. Kepada sesiapa yang macam kolin kan, selalu mengunakan pengering rambut tu, memang memerlukan penjagaan rambut dari rangkaian Hair Pro ini. Sesuai sangat untuk rambut yang rosak akibat pengunaan barang-barang dandanan rambut elektrik tu. Selalu sangat keringkan rambut sebelum mengenakan tudung kan. Kerap sangat-sangat.


Produk ini di hasilkan hasil kerjasama dengan Moltobene, salah satu pengeluar barangan untuk salon dengan pengalaman selama 38 tahun dari Jepun. Hair Pro Heat Active ini dihasilkan untuk rambut yang selalu mengunakan hairdryer, curling dan luruskan rambut mengunakan ironing. Produk yang diformulasikan dengan Heat Active Technology ini juga mempunyai NanoRepair bagi menjaga rambut yang selalu didandan untuk tampil lebih sihat dan cantik. 


Produk ini tentunya yang kolin cari selama ini, tau aje lah yang bertudung memang pakai hairdryer nak bagi rambut kering kan. So almost every day basuh rambut dan keringkan rambut. Boleh perasan rambut dah start kering dan rosak. Nasib baik ada rangkaian produk dari Watsons ini. Memang membantu!!


Setiap dari kami juga diberikan buah tangan yang sangat cute. Kotak yang dibalut oleh kain berwarna-warni yang sangat melambangkan negara matahari terbit. Hidangan green tea with brown rice bersama sushi memang sesuai sekali. Dapat juga kolin bergambar dengan model kacukan Jepun dan Hawaii ini, kalau ada sesiapa yang berkenan boleh lah follow dia di Instagram @josiahmuzikami. Dia lah pengacara bagi event kami hari itu di Number76 Salon, Mid Valley.

 bersama blogger anis dan miera

ruang di dalam Number76 Salon, Mid Valley

antara tetamu yang hadir 

Acara hari itu dimulakan dengan kata-kata aluan dari Josiah pengacara kami buat hari itu. Dan kami juga disajikan dengan persembahan tarian Jepun dari dua penari yang sangat comel.


Di ikuti dengan kata-kata aluan dari Ms. Penny Chin, Senior Manager Product Development yang memperkenalkan sedikit sebanyak mengenai Hair Pro kepada kami. Maklumat yang paling penting bagi kolin, Hair Pro tidak mengunakan Sodium Lauryl Sulfate yang memang diketahui umum bahan kimia tersebut membawa kemudaratan. Rangkaian ini yang dihasilkan mengunakan Natural Organic Hybrid Rice Extract dan Green Tea Extract dari Jepun memberikan rambut kesan lembut dan
lembab setiap kali pengunaan.


Seterusnya demonstrasi bagaimana produk boleh digunakan oleh Takeshi Odera, Director Stylist Number76 Salon with Cathryn Lee, Watsons Celebrity Friends. Masa ini kita boleh lihat, bagaimana caranya mereka mengunakan produk ini dengan betul.

Josiah with Cathryn Lee

 sesi memperkenalkan Director Stylist Number76 Salon iaitu Mr. Takeshi Odera


Beliau menunjukkan cara memakai produk Hair Pro dengan betul. Ada juga sesi untuk kami mencuba produk tersebut pada hari itu. Produk ini secara eksklusif boleh di dapati di Watsons. Jangan lupa dapatkan rangkaian produk ini bagi kita yang sentiasa mengunakan hairdryer atau pengering rambut sebelum mengunakan tudung. Rambut adalah mahkota bukan!

Harga untuk Hair Pro Watsons Heat Active Shampoo (Daily Use) 520ml hanya RM39.90, 
Heat Active Treatment (Daily Use) 520ml RM39.90, 
Heat Active Hair Masik (Special Use) 200ml RM42.90
Heat Active Hair Serum (Daily Use) 100ml hanya RM42.90

Untuk penerangan yang lebih mengenai Hair Pro boleh ke Watsons yang berdekatan
 atau layari laman web rasmi Watsons www.watsons.com.my dan
jangan lupa LIKE Watsons di FB ok www.facebook.com/watsonsmalaysia.

Kini kita juga boleh dapatkan rambut yang cantik seperti penjagaan salon di rumah.Tak susah pun, cuma perlu ada rangkaian produk yang sesuai sahaja. Kini semua telah tersedia, jangan lupa mencuba ok.
Kolin dah dapatkan semua rangkaian Hair Pro, anda bagaimana?


Love,

Kolin Zainal


No comments:

Post a Comment

loving me..loving you