Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Jamuan Hari Raya Aidilfitri MBSA 2015

assalammualaikum dan salam sejahtera

Haa..inilah acara open house yang memang kolin dan kawan-kawan tunggu sepanjang tahun tau. Open House dari MBSA memang tidak pernah mengecewakan. Memang kalau tetiap tahun buat pun tak apa tau, sebab selalunya happening. Makanan yang kolin nak cari ialah SATE.

Parking tak lah jauh sangat, tapi kami semua gembira sebab ada abang MBSA yang hijau ni tolong ambil kami pergi dan balik. Gembira sangat, nasib tak patah heels kolin yang 4 inci ni hahahah.

Entrance sahaja, kami disambut oleh kakitangan MBSA yang sangat peramah. Siap belon berwarna warni di pintu hadapan perkarangan stadium Shah Alam ini. Banyak gerai yang ditawarkan di Open House MBSA kali ini. Dapat juga kolin SATE yang di idamkan. Ada kebab, laksa, soto, meatball, buah-buahan, popiah, air mak kau hijau pun ada. Kebetulan tema MBSA tahun ini HIJAU. Menepati sangat lerrrr

Paling kolin gembira ada Jamal Abdillah!!!!!!
sepatutnya dia nyanyi 2 lagu sahaja, tapi disebabkan terlalu sporting dia sedekah lagi satu lagu!! Lagu kegemaran kolin pun dia nyanyi "Gadis Melayu". Ramai giler sporting naik stage berselfie. Tapi tak tau kenapa kolin segan hahahah. Mana lah tau esok rezeki pergi event jumpa abang Jamal ek.

Makan banyak pilihan, minuman banyak pilihan, cuaca pun tak lah panas sangat.
Terima kasih MBSA ye, tahun depan jangan lupa buat lagi. Kami warga kerja Negeri Selangor suka sangat makan-makan beraya bersama MBSA. Haaa...korang nampak tak kolin membodek tahap gaban nih.
Superb Open House by MBSA!!

Yang kolin terkilan tak sempat nak ambil dodol lah. Dua kali pergi ke gerai tu tapi dodol dah habis. Macam mana kolin tak geram, siap masak kat situ..berkawah kawah. Sure sedap lah kan!
Tapi kolin tak ada rezeki nak berdodol semalam huhuhu


Punyalah sporting abang-abang dan kakak-kakak MBSA ini.
Lihatlah mereka bergambar beramai-ramai.
Ada Soto Sado ada Air Sado ada

Sempat lah kolin bergambar di photobooth yang disediakan.

So see you again next year tau!
Jangan lupa anjurkan lagi majlis gilang gemilang ini. Kolin super kenyang today!!!
Rezeki jangan di tolak, Musuh jangan di cari

Love,

Kolin Zainal


No comments:

Post a Comment

loving me..loving you