Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Event: Bio True One Day Lenses dari Bausch + Lomb

assalammualaikum dan salam sejahtera

Bausch + Lomb telah melancarkan produk mereka yang terbaru iaitu bio-inspired innovation. Biotrue OneDay premium daily disposable contact lens. Lens yang boleh dipakai sehari dan dibuang ini telah dirumuskan dengan formulasi yang terbaru dari HyperGel. Satu inovasi yang mencantumkan conventional hydorgels dan silicone hydrogels yang terbaik untuk generasi yang mengunakan lens pakai buang ini. 

Biotrue ONEDay Lens dari Bausch + Lomb ini mempunyai 78% air yang meyerupai kornea mata manusia. Luaran lens adalah dicipta untuk kesesuian mata manusia. Dan pastinya bila kita memakai lens ini rasa ringan dan tak terasa langsung lens ada dalam mata. 



Kita selalu berhadapan dengan komputer di tempat kerja dan rumah, handphone lagi. Kadang-kadangan memang mata kita akan kehilangan lembapan dan mula terasa kering. Dengan BioTrue Lens ini ia sememangnya di cipta untuk mengekalkan kekeringan dalam mata kepada semua pengemar lens.

Untuk menambahkan lagi extra kepada lens ini, Biotrue ONEday lens ini ditambah dengan UV Protection untuk melindungi mata dari UV yang akan menyebabkan kerosakan pada mata dalam jangka masa yang panjang. Bausch + Lomb sememangnya pakar dalam hal ini dan terus menerus mencipta sesuatu yang baru untuk semua pemakai kanta lekap mata. 


Kanta Lekap Biotrue ONEday ini dijual dengan harga RM125 sekotak yang mempunyai 30 kanta lekap. Ianya akan mula berada dipasaran pada 10 Ogos 2015 di semua kedai cermin mata yang berhampiran. Biotrue multi purpose solution pula ada dalam twin pack yang berharga RM61.50 (355mlx 2).



 Besempena dengan pelancaran ini, Bausch + Lomb telah mengadakan kempen "Bausch + Lomb Care for your Eyes' melalui Facebook. Kempen yang bermula dari 11 Ogos 2015 dan berakhir pada 30 Septermber 2015 amatlah mudah. Hanya anda perlu uplode simple video 'eye exercise' utnuk menguatkan mata dan menambahkan baik keadaan mata. 


Semua participants adalah digalakkan untuk merekod video mereka sendiri dan upload di Bausch + Lomb Facebook  dengan hashtag #BauschAndLombMalaysia dan #careforyoureyes dan mengajak 3 rakan untuk melakukan yang sama. Untuk semua video yang diupload Bausch + Lomb akan menderma RM5 kepada Malaysian Association  for the Blind untuk membantu mereka. 



Jangan lupa membaca blog kolin sambil beramal ok. Mudah sangat nak menderma kepada persatuan orang-orang buta ini. Hanya upload simple video dan send. Jangan lupa hastag yang diperlukan ye.

Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh ke FB Bausch + Lomb atau ke http://mab.org.my/

Love, 

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you