Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Event: Shogun2U buat warga kota yang sibuk!

assalammualaikum dan salam sejahtera

Pernahkan korang terasa lapar sangat bila banyak sangat kerja di pejabat atau pun malas betul nak masak bila hujung minggu kat rumah tu. Kini tak payah nak tahan-tahan lapar sebab Shogun2U menyediakan hidangan bertaraf Chef untuk anda nikmati. Senang saja, klik, order dalam masa sejam sampai dan boleh COD atau bayar masa hidangan diterima. Mudah kan!

Bertempat di One Utama, Shogun2U telah mengadakan majlis pelancaran bagi perkhidmatan mereka untuk pada media dan blogger. Shogun2U menyediakan makanan dengan harga yang sangat berpatutan buat mereka yang sibuk dan tidak sempat untuk menyediakan makanan. Makanan yang disediakan sihat, berkhasiat dan paling penting sedap!


Shogun2U adalah platform makanan online yang membariskan chef-chef ternama dalam penyediaan makanan. Tidak hairanlah, dalam masa 3 bulan sahaja,  Shogun2U telah meraih keuntungan sebanyak RM1 Juta dan kini sangat popular di kalangan media sosial terutamanya Facebook.


Shogun2U memberikan pelanggan kesenangan dan harga yang sangat berpatutan dalam pemilihan hidangan. Untuk golongan yang sibuk dan korporat ini lah pilihan yang mereka ada. Dihantar terus ke rumah atau pejabat dan menu pula di datangkan dalam variasi yang pelbagai untuk kita tempah. 


Pasukan yang menyediakan hidangan adalah di kalangan yang mahir dalam kulinari. Mereka mempunyai pelbagai pengiktirafan di dalam industri makanan di negara ini. Patutlah Shogun2U ini diminati ramai kan.


Menurut pengasas Shogun2U, Dato Sri Michael Chong, Shogun2U memberikan makanan yang berkualiti Chef ke pintu pejabat atau rumah anda. Dengan harga yang berpatutan dan senang untuk dipesan di dalam online. Semua pelanggan adalah penting, jadi menyediakan makanan yang bagus satu kemestian. 

Kami amat berbesar hati untuk menjadi salah satu leader in the online food delivery untuk tahun yang mendatang. Shogun2U mengambil semangat Malaysia 'Can Do' yang percaya semuanya boleh dan tidak mustahil.  Shogun Saisaki's Head Chef dan bakat kulinari menyediakan pelbagai hidangan iaitu hidangan Jepun, Korea, Chinese dan pelbagai hidangan fusion yang boleh anda pilih. Termasuklah Nasi Lemak Japanese Style yang hanya RM18.90 untuk anda cuba. Jangan lupa hidangan baru mereka Nyuturi.

Harga untuk hidangan ini dari serendah RM1.80 sehingga RM99.80. Siap combo set satu keluarga boleh makan tau. Bagi meraikan RM1 Juta hasil jualan mereka, Shogun2U akan menyediakan limited editon sushi set buat semua pelanggan mereka. Set yang terhad untuk 500 orang pelanggan yang menempah
 boleh di pesan di http://www.shogun2u.com 
 

 *credit picture to Shogun2u

 Love,

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you