Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Wholistic Wellness Escape Programme di Spa Shangri-La's Rasa Sayang Resort & Spa di Penang

assalammualaikum dan salam sejahtera

Buat anda yang memerlukan rehat sepenuhnya inilah tempatnya. Kalau niat memang nak istirehat dan mencari hotel yang penuh dengan semua kemudahan di Shangri-La Rasa Sayang Resort & Spa ada semuanya. Tak perlu nak drive pergi mana-mana, relak saja di resort pun dah cukup best.

Kalau nak tahu, resort ini baru sahaja merasmikan spa mereka yang terbaru. CHI Spa untuk anda yang mencari percutian nak memanjakan diri. Wholistic Wellness Escape Programme terapi keseluruhan untuk anda yang ada jet lagged, pencinta spa atau pun memang menjadi keperluan kesihatan.


Terdapat dua pakej untuk dipilih iaitu 3 hari 2 malam Rejuvenate Package atau pakej 5 hari dan 4 malam bari Purify Package. Kalau pakej Rejuvenate lebih kepada mengurangkan stress pada badan kita dan Purify pula lebih kepada kesihata dan detox. Kedua-dua pakej ini akan bermula di setiap hari Isnin.


Korang jangan risau sebab semua pakej yang disediakan dikendalikan oleh yang pakar dan terlatih. Menurut Elaine Yue, the resorts general manager, Wholistic Wellness Escape adalah salah satu perkhidmatan dari resort yang merangkumi makanan dan minuman. CHI, The Spa akan memastikan segala perkhidmatan mereka antara yang terbaik bagi semua tetamu di Shangri-La Rasa Sayang Resort & Spa. 

Resort ini adalah rakan kongsi kepada Penang premier healthcare di Penang iaitu Adventist Hospital yang menawarkan holistic wellness programme. Di sini kita boleh mendapatkan info yang lebih tepat mengenai diet, kesihatan, rutin harian yang sihat oleh semua pakar yang terlatih di sini. 

Tidak hairanlah kalau tengok ramai yang datang dan mencuba pakej yang ditawarkan di sini. Sila lawati Spa semasa berada di sini untuk semua pakej yang lebih menarik ok. Ada juga urutan kaki dan badan untuk korang semua cuba. Buat pasangan honeymoon lagi best kalau dapat pergi bersama untuk spa session kan!


Untuk Pakej Rejuvenate harga yang ditawarkan ialah RM6,210.00 nett manakala bagi Pakej Purify RM9,610.00 nett. Untuk memulakan wellness journey, anda boleh layari website rasmi mereka iaitu http://www.shangri-la.com/penang/rasasayangresort/wholistic-wellness-programme 
untuk tempahan dan pertanyaan lanjut. 


Buat makluman, Penang Adventist Hospital telah ditubuhkan pada tahun 1924 oleh Dr. J. Earl Gardner dan kini telah menjadi salah sebuah healthcare untuk semua rakyat tempatan dan luar negara. 

Jadiii....jangan lupa ke Spa ini sekiranya bercuti di sini. Semua staff mereka sangat ramah dan membantu. 
Jangan segan bertanya ok. Bercuti dan manjakan diri anda untuk kehidupan yang lebih baik.

Love, 

Kolin Zainal



No comments:

Post a Comment

loving me..loving you