Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Destinasi menarik di Bukit Fraser, Pahang

assalammualaikum dan salam sejahtera

Pernah sampai tak Fraser Hill, Pahang sebelum ini. Kalau tak pernah jom kolin bawak ronda-ronda ok. Kat sini bukan macam Genting Highland atau pun Cameron Highland. Tiada apa yang boleh kita shopping. Cuma tempat istirehat dan nikmati suasana sejuk dari biasa. Santai, tak akan sesat kalau ronda-ronda di sini. Cuma jalan di sini agak sempit. Semua selorong sahaja dan macam biasa berbukit lah sedikit. 

Kalau nak sarapan pagi, kolin suggest ke medan selera ini. Tanya sahaja penduduk tempatan semua tahu mana medan selera ini. Senang sahaja nak cari pun, macam biasa sini tiada petrol pam ok. Isi minyak sesiap sebab kalau minyak kereta dah E memang naya lah nak turun dari Fraser Hill tu kan. Jalan dan turun naik bukit Fraser dah lain-lain. Naik sebelah lain, turun sebelah lain. So tak takut lah kalau jalan sempit nak bertembung kereta kan. Selamat sikit, cuma musim hujan ini kolin takut juga kalau ada runtuhan tebing kan. 





Medan selera ini terletak di sebelah taman permainan. Memang sesuai nak bersantai bersama anak-anak


Dulu kalau naik Bukit Fraser ini lah papan tanda kita akan jumpa macam mengalu-alukan kedatangan kan. Tapi sekarang jalan nak turun baru kita jumpa board ini. Klasik kan.


Inilah pejabat pos yang tercomel pernah kolin jumpa!


Klinik pun ada, jangan risau lah. Cuma yang klinik swasta kolin tak perasan masa ronda-ronda kat sini


Ini lah hotel pertama yang akan kita jumpa kat sini. Di hadapan hotel ini adalah dia menara jam yang menjadi tempat wajib untuk bergambar. Tak posing kat sini rugi!!!



Ini pula Allan;s Water, dahulunya tempat ini dijadikan empangan bagi bekalan air kepada penduduk di Bukit Fraser. Tetapi sekarang ianya menjadi taman rekreasi sahaja. Boleh bagi kan makan dan juga main permainan atas air yang disediakan. 



Tengok tu papan tanda ok..jangan ambil yang tak perlu tau.



Nak menunggang kuda dan memanah pun ada juga. Cuma kene perhatikan waktu mereka beroperasi. Masa kolin singgah sini semasa perjalanan balik kebetulan time kuda-kuda berehat. So tak dapatlah merasa naik kuda di tempat sejuk kan. 

Kena musim kita kalau bercuti kat sini boleh lah merasa makan strawbery Bukit Fraser. 
Masa kolin datang dah habis musim pulak, mereka bukan macam Cameron Highland banyak production. Tapi kalau nak beli pokok herba dan lelain sini memang murah berbanding Cameron Highland. Hubby beli pokok herba Rosemary hanya RM10 sahaja. Murah kan!







Ada juga banglo lama dan istana lama ada kat sini. Kolin teringin nak try out menginap di Banglo English yang ada di sini. Mungkin di masa akan datang akan ada kesempatan kut kan.



Inilah Masjid yang ada di Bukit Fraser


Kepada semua yang tak pernah dan teringin nak jejak kaki kat sini, kolin harap perkongsian kolin ini akan membawa sedikit maklumat berguna ye. Seronok, simple dan jimat duit pada kolin. Sebab destinasi no shopping. Cuma bersantai dan bersama keluarga sahaja. 



Inilah yang kolin cari, senyuman manis dari yang tersayang setiap kali pergi bercuti. 
Jangan tak pergi ok dekat aje.

Love, 

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you