Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Penangan masakan Negeri Sembilan asli hanya di Sabak Salai

assalammualaikum dan salam sejahtera

Buat peminat makanan pedas, masak lemak cili api, mari dekat sikit kolin nak cerita haaa. Kalau korang perjalanan ke selatan kan, nak makan R&R tu mahal dan tak sedap. Apa kata korang try makan kat kedai Sabak Salai. Gerenti sedap dan tak perlu merungut lauk yang dihidangkan tak semengah kan. 

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tol Pedas Linggi mungkin mengambil masa sejam setengah atau sejam terpulang kepada pemanduan kita. Masuk tol Pedas Linggi dan terus ke kanan. Lebih kurang 5 minit pemanduan perhatikan kedai di tepi jalan ok. Sebelah kiri akan nampak besar kain rentang SABAK SALAI. Di sinilah segala keajaiban masakan Negeri Sembilan asli bermula. 



Kedai makan simple yang diuruskan oleh ahli keluarga ini memang menjanjikan pelbagai masakan Negeri Sembilan yang asli. Kalau nak try masak lemak cili api di sinilah tempatnya. Ada daging salai, keli, telur itik, puyuh salai, itik salai, pelbagai jenis sambal termasuk sambal gesek pun ada. Ulam-ulaman serta pelbagai pencuci mulut juga ada di sediakan di Sabak Salai. Korang tak percaya cuba singgah ok. 


Inilah masak lemak cili api daging salai bersama rebung manis. Meletop-letop peluh masa kolin makan ini, memang terbaik. Cukup pekat, cukup sedap memang kalau makan yang ini tak pandang yang lain. Yang pastinya kalau tak pedas, bukan masak lemak cili api lah kan. 


Ini pula sambal gesek. Mesti ada yang tahu kan sambal ini. Ikan bilis ditumbuk bersama cili api dan mungkin ada ramuan lain ada dalam sambal ini membuatkan masakan nasi putih panas bertambah-tambah. Memang tak sedar diri!!! Tahu-tahu dah dekat 3 kali kolin tambah makan nasi. Ajaib kann..hahhahah


Yang ini pula petai bakar. Macam biasa kolin memang peminat ulam-ulaman. Siapa tak makan petai rugi tau. Rasanya dulu kolin pernah cerita kebaikan petai ini. So sesiapa yang suka hina dan kehji bau busuk petai harus bertaubat. Sebab orang mat saleh pun dah makan lerrr....

Banyak menu yang disediakan di sini, cuma waktu paling cantik untuk datang dan cuba pelbagai menu adalah sekitar jam 12 tengahari. Masa tu memang berderet lauk yang disediakan. Dan jangan tak tahu, orang pun beratur tau nak makan kat Sabak Salai. Pemilik kedai ini, Taqdir turut menunjukkan bagaimana daging, puyuh dan lain-lain di salai. Mesti ada yang tak pernah tahu salai tu apa kan..bukan bakar biasa saja tau.


Beginilah cara menyalai buat korang yang tak pernah tengok.


Ini keadaan tempat menyalai dari luar yang di tunjukkan oleh pemilik Sabak Salai. Memang mengunakan peralatan khas ok. Memang dijamin sedap sebab disalai mengunakan tempurung kelapa dan kayu-kayu bagi mengekalkan aroma setiap bahan yang disalai. Itu lah kolin nak cerita, Sabak Salai memang mengekalkan ciri-ciri masakan Negeri Sembilan yang asli. Rugi kalau tak singgah sini kalau perjalanan ke selatan.


Nampak tak semua tu, itu lah tempat mereka gantung semasa menyalai. Bukan lah BBQ atau bakar macam biasa. Salai ini makan masa lebih kurang 4-5 jam tau. Proses ini sudah tentunya membuatkan bahan yang disalai macam daging tu terasa manis sangat. Tak percaya, korang boleh try beli daging salai di sini. 


Dah siap packaging daging salai. Tak perlu nak potong, balik tinggal masak sahaja. 
Boleh lah korang try masak bila balik rumah kan. Atau beli sahaja untuk buah tangan buat family.



Sebenarnya Sabak Salai ini dah terkenal tau, tak percaya bacalah link kat bawah ini:




Jangan lupa follow FB Sabak Salai di www.facebook.com/sabaksalai
dan juga Instagram mereka www. instagram.com/sabaksalai bila dah makan jangan lupa 
upload gambar dan hashtag #sabaksalai. Jangan lupa kalau nak ke sini beramai-ramai buat penempahan awal ok, takut nanti karang habis pulak. Tak rugi pun kalau kita booking dulu sebab nak 
merasai keenakkan pelbagai lauk-pauk di sini.

Nak raso podeh moyangauuu, jangan lupo singgah kek sini!!

Love, 

Kolin Zainal

2 comments:

  1. Yeah..hudup org nogori..best kan masakan macam ni..sesekali bleh layan..kolin..dambal gesek tu cuma ikan bilis dan cili api je..tumbuk 2 bahan tu pas tu perah limau kasturi..cicah cekodok atau masak lemak putih tauge ke makan ngan nasi panas..sambal gesek jgn lupa..mmg x de kesian menambah nasi..

    ReplyDelete

loving me..loving you