Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Jumpa lagi Banglo Sultan Sulaiman, Bukit Fraser

assalammualaikum dan salam sejahtera

Bila bangun pagi masa kat Bukit Fraser tu memang sejuk amat. Rasa fresh dan segar sangat. Apa lagi kan perut pun dah lapar. Kita grill la baki ayam yang ada tu. Di sini ada peti sejuk untuk kita letak barang-barang kita juga. So kalau booking 2-3 hari nak stay sini tak de masalah. Beli bahan mentah dari pasar ok.

Dah siap grill, acara untuk makan la, sambil tu kolin dan mama sempat pusing-pusing keliling banglo Sultan Sulaiman ini. Lawa betul tempat ini bila waktu siang kan.




Nampak tak muka happy kami dapat breakfast di Bukit Fraser.
Bila dah pukul 12.00 masa untuk kami pack barang dan balik ke realiti lah.
Masa ini lah hubby kolin lepas gian menyiram pokok di laman. Saja lepas gian sebab kalau nak
buat macam ini kena lah balik kampung di Kedah. Harap kat Kuala Lumpur memang rumah flat kan.

Menanam pun dalam pasu bunga aje lah gamaknya. Tapi syukur lah ada rumah, bukan menyewa, bukan rumah orang lain. Rumah kita sendiri, minggu ni kolin ada program membantu gelandangan. Lagi kesian golongan ini yang tiada rumah pun. Malah anak-anak kecil turut terseret di dalam hidup penuh kepahitan.
Lupakan pasal program yang kolin teruja tu. Now kolin share gambar-gambar yang sempat kolin snap
sekitar Banglo Sultan Sulaiman. Korang nilai lah sendiri best ke tidak.
Sebab penat dah kolin promo dalam blog ini, tempat ini memang best.

Entri sebelum ini waktu malam kan, tak banyak nampak pemandangan.
Ini gambar-gambar yang sempat kami semua posing sebelum check out.






Nampak tak mata aku kecikkk aje...sebab silau hahahha. Masa ni tak panas sangat pun, tapi matahari tengah naik. Silau tu abis semua gambar aku muka gitu ahhahahha. Suka sangat tempat ini.
Terima kasih kepada Selangor yang dah buka Banglo ini untuk kami semua nikmati. Seronok!!





Ada rezeki kita jumpa lagi ok..
bye bye for now ...
Kepada korang yang sudi baca entri ini..pergi lah menempah.
Tak semestinya bercuti jauh-jauh, luar negara tu hebat.
Tak salah bercuti dalam negeri pun. Yang penting kita happy dan tiada hutang keliling kan.

Love,

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you