Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Percutian Ringkas kali ke 3 ke BUKIT FRASER

assalammualaikum dan salam sejahtera

Dah lama sebenarnya kolin nak bercuti beramai-ramai bersama keluarga. Kali ini bersiaran dari Bukit Fraser sekali lagi, rasanya dah kali ketiga kolin pergi. Destinasi simple ini menjadi pilihan kolin sekeluarga sebab cuaca dan tempat yang tidak sibuk. Ye lah kan, nak pergi bercuti bukan nak pergi bershopping. So memang nak relaks dan bergembira sahaja. Yang penting keluarga dapat berkumpul sekali kan. 

Dengan menaiki kereta kami ke BUKIT FRASER dalam dua jam. Alhamdulillah semua ok, kecuali macam biasa mama kolin mabuk dan muntah lah sikit. 


Clock Tower yang menjadi lokasi pengambaran kami setiap kali di sinilah. Alhamdulillah, mama, adik kolin si awen sekeluarga ikut sekali lagi menginap di Banglo Sultan Sulaiman. Kolin pernah cerita sekali pasal Banglo tu, korang boleh skrol dalam blog kolin. Dah 2 kali kolin tempah dalam tahun ini, best sangat !!!


Inilah family kecil kolin, impian BERLIMA tu, korang doakan lah ye. Semoga ada rezeki, ikutkan malas dah nak berbaby tapi kalau rezeki tak salah kan. Kita bagi lah Alisa Maisara feeling kakak sikit hahhaha


Ini lah family awen...Aqil tu bulan 10 nanti cukuplah setahun dah.
Cepat sangat besar si gebu nih...


Jangan lah tanya kenapa Ali Imran posing macam tu, Masa kolin nak snap gambar ini, dia cakap ni pesen posing baru. Maklumlah sekarang dah umur 10 tahun, macam-macam perangai dia ada tau. 
Tengok lah tinggi sikit lagi nak sama dengan mami dia dah. 


Sikit lagi memang aku lagi rendah lah dari Ali Imran tu. Baru darjah empat tau. 
Kenapa kolin suka ke BUKIT FRASER, sebab keindahan bunga-bunga dan tumbuhan yang ada. Udara nyaman, suasana tenang dan sejuk. Seronok berkumpul sambil makan-makan sekeluarga. Jom kolin kongsikan keindahan bunga-bunga yang ada di Bukit Fraser. 




Ini baru sikit, kalau korang pergi sendiri sure lagi best. Tapi macam biasalah tak ada tempat nak shopping, kalau nak shopping pun keledek ada lah. Ataupun bagi makan ikan di Allan's Water tu.


Jauh atau dekat destinasi percutian kita, janji kita bersama keluarga. Itu yang penting. 
Tak naik flight pun takpe, cuma kita patut take time and relax. Bonding time namanya..


So jangan lupa melawat Bukit Fraser bila ada masa nanti ya.
Ingat..tak kira jauh atau dekat, yang penting kita bersama!

Love, 

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you