Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

8 sebab untuk dapatkan Huawei Honor 8



Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Siapa tengah bajet nak beli handphone baru? Kolin ada satu cadangan atau proposal yang mungkin korang boleh buat pertimbangan. 

Terbaru dari Huawei iaitu Honor 8 yang menampilkan telefon lebih bergaya, moden dan memenuhi permintaan gaya masa kini. 8 sebab kenapa korang perlu memiliki atau dapatkan Honor 8 perlu kolin kongsikan. Rasa rugi tak cerita kesemua 8 keistimewaan kan. 
Ini semua korang boleh tengok kat sini http://www.lazada.com.my/honor-8/

Tapi sebelum itu, korang kena baca semua entri kolin lah. Lagi mudah nak faham kenapa kolin cakap Huawei Honor 8 perlu korang dapatkan. Betul tak?

Ini antara warna yang ada, gold, blue, white dan juga black.

 Seterusnya ini lah 8 sebab kenapa korang perlu dapatkan gadget terbaru dari Huawei ini.
Yang pertama, kamera 12 megapixel yang memukau, bakal membuatkan korang seperti jurugambar professional apabila merakamkan gambar. Fungsi yang ada di dalam Honor 8 boleh edit menjadikan gambar lebih berkualiti semuanya ada. Honor 8 dibina dengan ISP dapat memastikan fokus lebih tajam dan smart. Nak blurkan boleh, nak tambah warna pada gambar boleh, nak edit gambar serupa dengan professional pun boleh. Pendek cerita korang boleh edit gambar korang lawa-lawa terus mengunakan Honor 8 sahaja. Tak perlu aplikasli lain dah. Senang nak upload. 

Yang kedua, kamera pandang hadapan yang ada pada Honor 8 adalah 8 megapixel. Kiranya nak selfie memang gambar yang dihasilkan adalah yang terbaik. Cahaya pun korang boleh laraskan, ianya ada 1.4um pixel size dan menghasilkan selfie yang paling sempurna dengan kamera pandang hadapan Honor 8. Lepas ini nak selfie memang nampak macam Angelina Jolie lah kolin kan. 

Kolin selalu perhatikan kamera setiap kali nak beli handphone baru. Pada kolin sangat penting sebab setiap kali kita berjalan, makan atau apa saja peristiwa istimewa nak rakam kan. Nak bergambar untuk kenangan. So dua ciri ini amat penting pada kolin dan memenuhi permintaan sangat-sangat. 

Ketiga, ciri keselamatan yang cukup canggih ini amat memikat hati. Sentuhan jari atau ‘finger print’ di belakang telefon bimbit ini amat sexy. Hanya 0.4 saat untuk unlock mengunakan fungsi 3D fingerprint. Kalau korang jenis yang tak suka orang buka dan lihat apa dalam handphone ini lah fungsi yang terbaik untuk di pilih. 

Keempat, ianya 5.2 Full High-Defination (FHD) Display. Menjanjikan kepuasan kalau kita tengok video atau pun main video game. Memang macam omputih cakap ‘crystal clear’ atau cakap orang melayu ‘sejernih-jernihnya’ tau. Mana nak dapat lagi handphone yang dikelaskan sederhana tapi ada pula special features yang begini.

Kelima, bateri amat penting bagi kolin. Sebab kolin banyak travel, upload gambar, pergi event dan pelbagai lagi. Memang handphone macam nyawa dan kalau boleh tak suka bateri habis cepat. Honor 8 Smartphone ada 3000mAh bateri. Dan kalau korang nak tahu teknologi 9V/2A adalah satu cara untuk cas bateri dengan laju dan cepat. Dengan itu korang caj setengah jam sahaja terus dah naik 47% tau. Maknanya sejam dan boleh full caj Huawei Honor 8. Jimat masa !!! Lagi syok kalau korang dah habis bateri pun korang hanya perlu guna caj asli mreka dan boleh buat panggilan telefon selama 2 jam atau bermain game atau dengar lagu selama 6 jam.

Keenam, Huawei Honor 8 dikuasakan oleh 2.3 GHz Octa-Core CPU dan i5 Co-Prosessor. Kalau tak faham, meh kolin nak cerita. Ini bermakna korang boleh jangkakan macammana pengunaan Honor 8 yang sangat lancar tanpa sangkut-sangkut pun.  Nak beralih kepada apa jua navigasi semudah ABC sahaja. Laju wei…

Ketujuh, rekaan Honor 8 yang sangat bagus. Direka dengan curve bulat setiap penjuru dan ergonomik. Ciri elegan ini di tambah dengan gelas atau cermin 2.5 D bagi memastikan setiap pemilik Huawei Honor 8 tampil lebih bergaya.

Kelapan, ciri ini sure korang suka sangat sebab Huawei Honor 8 memberikan korang pengalaman komunikasi yang lebih bijak. Dengan mengunakan dua antenna ianya membuatkan penerimaan signal yang lebih baik dan lancar. Kiranya kalau korang nak balik kampong yang agak di kawasan pendalaman memang bagus. Malah sekarang duduk pangsapuri pun kadang-kadang susah nak dapat signal kan. Boleh cuba Huawei Honor 8 lah, sure selepas ini tiada lagi masalah tak ada line tu. 

Lagipun Huawei Honor 8 ini ada smart dual band Wifi tau. Support 2.4/5 GHz dan juga 5GHz. Sekiranya pada masa korang di sesuatu lokasi, connection terus Wifi samada 2.4GHz atau 5GHz adalah bergantung kepada yang mana lebih bagus untuk dihubungkan. Best kan !!! Last sekali yang kolin nak berkongsi, yang suka travel dan nak apply roaming tu pun senang. Dengan Huawei Honor 8 cepat aje dia kesan local network tau. Fast roaming katanya…

Banyak lagi features yang ada pada Huawei Honor 8. Lagi best kolin nak beritahu korang boleh beli Honor 8 ini kat LAZADA tau. Klik sini untuk beli Honor 8 di LAZADA

Jangan lupa untuk klik sebab apa!! Sebab LAZADA tengah lancarkan Lazada's My Cybersale yang bermula dari 26 sehingga 30 September 2016.


Bersiap sedia ya korang, jangan tak serang weii. Ada phone terbaru Huawei Honor 8 yang seksi dan SALE!!

Love,

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you