Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Episode 3: Percutian ke Yogjakarta

assalammualaikum dan salam sejahtera

Hari kedua kami bangun awal tau. Sebab semangat nak pergi menjelajah bumi Yogjakarta ke sebelah yang lain pula. Sarapan pagi disediakan di Rumah Roso Homestay ini, walaupun simple tapi ok lah dari tiada sarapan pagi kan. Tempat percutian ke Yogjakarta bermula.


Makan ini hari-hari memang aku boleh cecah 50kg balik kan hahahah

Supir atau pemandu yang kami upah ini kami kenal di airport. Pak Dwi ini lah yang pemandu teksi yang menghantar kami ke penginapan kami pada hari pertama. Masa dalam teksi, beliau memperkenalkan diri beliau dan terus kami meneruskan dengan sesi tawar menawar. Maklumlah kami pergi trip ini pakai redah aje. Nasib baik lah tempah penginapan dan penerbangan di AirAsiaGo tu. 

Pak Dwi menawarkan harga 450 ribu rupiah untuk upah beliau. Kami mohon ke tiga lokasi tau. Kalau korang nak tahu lokasi best-best kat Yogja ni jauh-jauh. Bukan ada highway pun, semua jalan kampung sahaja. 450 ribu rupiah untuk semua petrol dan upah memandu, manakala 50 ribu rupiah lagi untuk parking ke satu-satu tempat tu. Tahu ajelah mereka cari makan macam mana kan. 

Tapi nak bagitahu kat sini, korang akan suka dengan Pak Dwi sebab orang nya baik sangat. Highly recommended !!! Sepanjang kami mengunakan perkhidmatan beliau, kami berempat rasa selamat. Memang baik dan menjaga kami sepanjang kami di sana. Terima kasih Pak Dwi yang baik hati !!!! Jasa bapak memang kami kenang sampai bila-bila. Orangnya pun lemah lembut. Nah ini nombor whatsapp dia

Pak Dwi +62 856-4397-8737

kalau korang nak ke Yogja nanti, sebut nama Lin dari Malaysia yang duduk Rumah Roso tau hahahahha. Dengan harapan dia ingat lah aku yang becok banyak bercakap ini. Soalan tak berhenti tanya weii
Tempat pertama yang kami pergi ialah Candi Borobudur.
Nak beli tiket Pak Dwi bawa kami ke satu tempat. Baik tau supir kami, korang whatsapp dia kalau nak pergi nanti ok. Memang sangat jujur, senang kira. Kami hired dia untuk hari pertama ini sahaja, esok tak tentu lagi. So bayar aje 500 ribu rupiah untuk perjalanan seharia ini.

1. Candi Borrobudur


Kat sini lah kami beli siap-siap tiket ke Candi Borrobudur. Mengikut Pak Dwi, supir kami kat sini lebih murah untuk pelancong membeli tiket. Punya la lawa kat sini. Sempat jugalah kami bergambar kenangan kat sini. Ada jua mereka jual hasil kraftangan kalau korang nak beli. Mahal sikit lah


Selesai beli tiket kami terus ke Candi Borrobudur, lebih kurang 10 minit dari tempat kami membeli tiket ini. Cuma nasihat kolin, semasa korang di kawasan legar candi ini berhati-hati dengan orang yang berjual barang. Memang nampak menarik dan murah, tapi elakkan membeli dari mereka. Dari satu orang yang korang nak beli nanti, semua akan kerumun korang nak berjual barang. Naya aje kang, memang agak susah nak jalan. Tapi nasihat kolin korang jalan sahaja sampai masuk ruang candi tu. Mereka akan berhenti tak akan ikut lagi. Mungkin ada larangan untuk mereka berjual beli di dalam kawasan candi tu. 


Ini lah ruang hadapan sebelum masuk ke dalam kawasan candi. Di sebabkan kami pelancong so kena ikut pintu sebelah kiri. Tiket 200+ ribu rupiah tak silap kolin, kalau convert dalam 70-80 ringgit Malaysia. So masa nak masuk ada hidangan kopi dan pelbagai air. Korang dinasihatkan ambil mineral water sebotol dua bubuh dalam beg ok. Sebab perjalanan memerlukan stamina dan kekuatan mental yang tinggi. 

korang boleh baca sejarah Candi Borrobudur kat sini ok

Bagi korang tengok pulak betapa jauh dan tinggi untuk kita mendaki atas Candi Borrobudur tu. Nak tengok stupa dan pemandangan lawa atas tu tak mudah ye. Memang kena berpeluh sakan dulu tau. Nasib kami baik, cuaca tak berapa panas sangat. Sebab di Kota Yogja semalam masa kami sampai dah hujan seharian. So kalau korang pergi masa panas tu, sila bawa topi dan payung siap-siap tau. Sebab panas bukan memain 


Jangan fokus muka kolin sengih tu, tengok belakang tangga yang mendaki tu ye kakak-kakak. Bawa la bekal segala minyak angin, panadol dan kalau boleh sebelum ke sini. Senaman la ringkas-ringkas bagi otot tak terkejut masa mendaki tu. 



Punyalah tegak tangga nak mendaki tu wei...serius memang letih giler. Tapi kami naik perlahan-lahan dan berhenti untuk bergambar di setiap tingkat. Pemandangan menakjubkan, serius tak tipu !! So kolin belanja gambar banyak-banyak kat sini ok. Sebelum kami ke lokasi kedua pula. 




Menakjubkan !!! Tempat yang kolin tak akan pernah lupa seumur hidup. Kolin harapa bila anak-anak dah remaja, kolin boleh datang sekali lagi dengan keluarga kolin. Buat masa sekarang memang tak dapatlah kan. Sebab nak ke tempat yang memerlukan kudrat ini susah bawak anak-anak. Lain kali doakan ye !!

Gambar memang banyak sangat nak dikongsi. Tapi memang berjela pulak nantikan. Ada lebih kurang sejam kolin meluangkan masa melihat keindahan bumi Tuhan ini. Selepas tu turun balik ke bawah, hati-hati sebab memang lah curam sangat. Masa nak keluar sekali lagi korang akan dikejar oleh penjual-jual jalanan. Nasihat kolin jalan terus ok. Sementara korang nak keluar ke kenderaan korang. Ada barisan panjang sangat kedai kat sini. Boleh lah tengok apa yang korang berkenan, kawan kolin beli Ukulele 50 ribu rupiah aje satu. Lebih kurang RM26 lah. Nak beli gitar pun boleh, tapi nak bawak naik flight korang fikir lah sendiri ok. 
Selesai kami di Candi Borrobudur, kami ke tempat makan pula. Tempatnya lebih kurang sejam. Dan kali ini Pak Dwi bawa kami tempat makan yang cantik, lawa tapi mahal hahahhaha. Tapi tak pelah, asyik makan street food, kami cuba makan yang mahal dan sedap kat sini. Serius tak tahu apa nama restoran tepi sawah tu, tapi sedap dan agak mahal la dari kedai biasa kan. 


Tempatnya bersih, lawa, tepi sawah padi, berangin dan udara pun segar aje. Jadinya bertepatan laa Pak Dwi bawa kami makan tenghari kat sini. Perut pun dah lapar, kami belasah laa lauk berhidang atas meja ni hihi.

Selesai makan kami ke Gunung Kidul, naik laa atas bukit tu. Kat sini kami berhenti untuk melihat keindahan Bukit Bintang Yogjakarta, Hutan Pinus Becici dan jua bergambar di Puncak Becici. Pandai kan pak supir kami, tak bawa kami ke tempat viral tu. Sebab kalau korang pergi tempat yang dah famous memang mahal la segala bayaran yang ada. Tempat kami pergi semua tempat orang tempatan libur katanya.


2. Bukit Bintang Yogjakarta

Bukit Bintang di Yogja bukan macam kat Malaysia banyak shopping mall. Tapi lebih kepada atas bukit yang tinggi dan di pinggir bukit banyak penghuni yang menetap di sini. Itu yang dari kota Yogja di bawah tu nampak seperti bintang-bintang atas bukit tu. Itu sebab tempat ini dikenali dengan Bukit Bintang. Manakala kalau korang melepak malam-malam kat atas ni, boleh lah lihat pemandangan seluas mata memandang sekitar bumi Yogjakarta. Memang laa nyaman sangat kat sini, belum ada pencemaran kan. 


3. Hutan Pinus & Puncak Becici
Supir tak bawa kami tempat viral atau terkenal. Ini lah tempat anak muda mereka berlibur. Hutan Pinus di Puncak Becici. Lapang dan nyaman aje. 

Disinilah kami menguji tahap GAYAT kami. Di sini mereka menyediakan tempat yang menarik untuk korang bergambar. Serius memang menarik, cuma tangungan masing-masing lah. Tapi kalau korang tengok semua orang naik ok aje, kolin pun bantai weiii..naik jugak. Kalau kat Malaysia mau viral dah hahahah


Bergetar lutut oiii..nak naik..nak duduk nak bangun. Tapi yang ini lagi menduga jiwa dan raga oiii



Cantik kan!!! Tapi percayalah cakap kolin memang menakutkan. Tapi bila dah ada gambar ini dalam simpanan kolin ianya menjadi pengalaman paling manis dalam hidup kolin. Alhamdulillah, puncak becici sudah kami tawan !!!!



Selesai kami di Hutan Pinus Puncak Becici kami segera ke destinasi seterusnya pula.
Ini lah agaknya menjadi bebudak tu panjat papan tanda Ipoh dan Pencawang Elektrik tu ye hahahah
Tapi kalau di Yogja ini seni, inilah cabaran hidup..best !!!

4.  Pantai ParangTritis


Pantai yang agak sibuk mungkin masa kami pergi tu cuti untuk orang tempatan liburan atau berehat kan. Airnya sangat berombak tidak sesuai untuk mandi manda. Agak kotor sedikit di sebabkan ada kereta kuda yang beroperasi kat sekitar pantai ini. Kalau korang nak tahu, nak tengok matahari terbenam kat sinilah terbaik tau. Lagi satu, korang boleh lepak makan jagung dan minum air kelapa tau.


Melepak lepak sambil tunggu sunset tu priceless sangat. Sempat kami posing ala AADC (Ada Apa Dengan Cinta) yang diarahkan oleh Kak Intan hahahahha

Selesai melepak kami pun balik ke Rumah Roso Homestay untuk makan malam. Ini lah Percutian Ke Yogjakarta kami. Tunggu esok punya episode kolin update ya....Episode nak balik dah. 
Panjang giler kolin taip kali ini. Happy reading yaaaa

Love,

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you