Saturday, April 29, 2017

Program 'Dettol on a Mission of Hygiene' serata Malaysia



Assalammualaikum dan salam sejahtera

Seperti yang korang semua tahu Dettol adalah jenama No. 1 di Malaysia. Oleh itu, Kementerian telah berkerjasama dalam melancarkan kempen di sekolah-sekolah serata Malaysia. Kali ini Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam menjadi tumpuan bagi kempen “Mission of Hygiene”


Ini adalah tahun ke-4 kempen ini dilancarkan. Buat korang yang kurang maklum, inilah kolin nak berkongsi dengan korang semua. Program ini yang mempromosi kebersihan atau hygiene di sekolah bagi mendidik mereka menjadi orang yang lebih mementingkan kebersihan samada di sekolah ataupun di rumah. Inilah peranan dalam setiap masyarakat bagi melahirkan anak-anak yang lebih bersih, sihat dan selamat samada di rumah ataupun sekolah. 

Hadir sama di majlis pelancaran ‘Dettol on a Misson of Hygiene’ ini ialah Tiffany Tang, Director Reckitt Benckiser Malaysia dan Singapore, berkata sebagai jenama terkemuka dalam kebersihan, Dettol berbangga untuk menjadi satu jenama yang dipercayai para ibu serata dunia di dalam melindungi anak-anak mereka dari kuman dan pelbagai penyakit yang berpunca dari kebersihan. Oleh itu, kami ingin masyarakat memahami mengenai kebersihan diri dan suka membimbing anak-anak dari kecil lagi.



Jenama ini juga telah bekerjasama dengan Save The Children, salah satu NGO yang membantu kanak-kanak bagi mengelak dari kematian dari disebabkan penyakit diarrhea akibat dari ketidakbersihan diri dan sekeliling.

Program ini telah ke lebih sampai ke lebih 150,000 pelajar iaitu 200 di sekolah rendah dan 50 tadika di Malaysia. Oleh itu, 7 langkah pembersihan tangan juga turut di kongsi bersama bagi mendidik mereka.Bagi merasmikan program ini, YB Dato’ P.Kamalanathan, Timbalan Menteri Pelajaran turut menyatakan program ini adalah yang terbaik buat semua kanak-kanak di Malaysia. Mana tidaknya kan, kita semua tahu kalau nak sihat kenalah sentiasa jaga kebersihan kan. Produk yang digunakan pun kenalah yang terbaik. Inilah Dettol yang memang mak bapak kita dah guna sejak dahulu lagi. Seingat kolin lah dulu, mak kolin pun pernah rendam baju dengan Dettol tau. 


Kalau kat rumah dah bersih, sekolah pun bersih mesti semua penyakit lari kan. Jadi tabiat menjaga kebersihan harus di pupuk dari kecil lagi. Turut hadir sama Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Tuan Shashim Shah Bin Haurn turut menyokong program ‘Mission for Hygiene’. Menurut beliau, inilah generasi yang perlu dipupuk, inilah masa depan Malaysia. 

Bersama kita menjaga kebersihan kita dan anak-anak kita. Jagalah orang tersayang korang semua dan gunalah produk yang dipercayai ramai iaitu Dettol. Buat yang nak tahu lebih banyak informasi mengenai kempen ini silalah ke www.dettol.com.my


Mana tahu, program ini akan sekolah anak-anak kita pulak kan. Dengan Dettol segalanya sempurna betul tak. Kolin sendiri suka simpan sanitizer dan tisu basah Dettol dalam beg sebab senang sangat. So korang, dapatkan Dettol untuk yang tersayang ya.

Love,

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you