Sunday, April 30, 2017

Trip to Penang : Hotel Neo+ Penang, Jalan Gurdwara

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ini kan cuti panjang dari sebab ada Cuti Pertabalan Agung pada 24 April 2017. Di kesempatan itulah kolin pergi bercuti ke Pulau Mutiara iaitu Pulau Pinang. Kalau dah travel dengan anak-anak mesti nak cari hotel yang ada kolam renang, selesa dan lagi penting lokasi kan. Sebab itulah, percutian keluarga kali ini kami memilih HOTEL NEO+ PENANG



Hotel yang terletak betul-betul di tengah bandaraya Pulau Pinang, senang untuk di cari. Kalau korang naik Jambatan atau Feri Pulau Pinang pun dekat sahaja. Yang kolin suka pasal berdekatan dengan mercu tanda di Penang iaitu Komtar. Pendek cerita kalau korang sesat nak cari hotel, pandang sahaja ke atas dan cari lah Komtar Penang tu. Memang senang sangat nak mencari lokasi hotel ini. 

Hotel yang mempunyai 25 tingkat ini, menyediakan beberapa level tempat letak kereta walaupun terletak di tengah bandaraya. Senang sangat nak keluar masuk parking mereka sebab once korang check in, kad yang sama nak masuk bilik tu. Kad yang sama korang akan touch masuk dan keluar parking. Kan senang, so kalau terasa nak makan char kuew teow memalam senang aje, tak perlu ambil kad pergi chop kan. 

Perkara pertama yang menarik perhatian kolin ialah penyambut tetamu mereka di Front Office. Aduhai stylo habis, uniform warna hitam dan siap rambut palsu lagi. Bila kolin tanya 'the wig is the part of the uniform'. Bila lagi nak tengok hotel bergaya macam ini kan. Kalau nak bergambar dengan mereka pun boleh tau. Sporting sangat front office staff kat sini.






Maklumlah kolin bertolak dari KL agak lewat, dalam jam 9.00 malam baru dapat masuk bilik. Inilah dia Family Room di tingkat 12 buat penginapan kami bagi 3 hari 2 malam. Selesa dan cukup luas bagi keluarga kolin. Jom kita ke tingkat 12 Family Room yang telah disediakan untuk kolin sekeluarga. 



Semua kemudahan lengkap, ada iron nak mengosok (penting kannn bagi kita) nak gosok tudung dan baju, tak perlu call housekeeping. Lepas tu ada peti keselamatan, air panas serta kopi teh, semua toiletteries termasuk berus gigi pun ada juga. Jadi kalau terlupa tak payah la risau sebab ada disediakan. Saluran TV pun ada kartun tau, so kalau anak-anak kecil memang tak boring lah nak melepak dalam bilik. 

Suasana moden bilik pun turut menjadikan Family Room ini cukup 'cosy' bak kata mat saleh hehehe. Selesa lah kiranya...cantik !!!






Inilah Family Room, cukup besar. Tampil moden dan sememangnya hiasan pun minimal aje. Ada kerusi nak melepak, cermin untuk bersolek, malah nak buat kerja pun ada ruang disediakan. Jadi kalau datang nak berlibur sambil kerja pun tiada masalah. 




Kalau nak minum kopi atau teh malam-malam, macam biasa di Family Room pun ada disediakan. Siap chiller untuk korang nak minuman yang sejuk. Yang menarik semua warna hitam, elegan sangat kan. 



Sabun, shower cap, berus gigi, pembersih telinga dan pelbagai lagi disediakan. Pendek kata kalau tertinggal bag toiletteries tu jangan lah risau. Sebab semuanya ada. 



Ini antara risalah informasi yang korang boleh baca kalau menginap di sini. Kalau letih nak gunakan room service pun boleh. Segala menu hidangan dan harganya ada dalam tu. 




Bilik air juga simple dan cukup selesa buat sekeluarga. Siap ada pengering rambut ok dalam bilik air. So untuk wanita bertudung macam kolin yang selalu usung hair dryer ni memang mudah. Jadi kalau nak ke Penang bercuti, sila lah tengok semua kemudahan ini. Itu yang suka betul hotel simple ini. Tapi kolin lagi tak sabar nak tengok lokasi sekitar hotel ini. Maklumlah tengah-tengah bandar kan....mungkin esok berjalan sekitar sini tak perlu lah drive. Tahu sahajalah Penang kan banyak lokasi menarik sekitar bandaraya. Terutama rumah-rumah lama mereka yang masih dipelihara tu. 

HOTEL NEO+ PENANG walaupun bertaraf 3 bintang tapi segala fasiliti sangat lengkap dan sempurna. So dah malam ini, kolin tidur lah dulu ya. Sambil-sambil tu boleh lah tengok view lampu yang lawa dari Menara Komtar yang menjadi pemandangan bilik kolin selama 3 hari 2 malam. Lampu asyik tukar-tukar tau, sampai khayal kami anak beranak melihat keindahan bandaraya Pulau Pinang. 




Next entry kolin nak cerita apa yang ada sekeliling HOTEL NEO+ PENANG bagi tatapan korang semua. Lepas ini kalau korang nak ke Penang, dah ada lah kan sedikit informasi nak menginap kat mana betul tak ! Yang penting lokasi hotel tengah bandar, harganya berpatutan dan selesa buat sekeluarga. Lagi satu, kalau menempah harganya sekali dengan sarapan pagi. Ada apa di buffet line hotel nanti kolin story next entri ok. Segalanya cukup sempurna bagi percutian kami 4 beranak bagi 3 hari 2 malam. 


Sebelum bersiap untuk tidur setelah drive dari KL untuk ke Penang. Kolin posing lah dulu depan cermin besar yang ada dalam bilik. Tak sabar nak sambung cerita trip to Penang ini. 
Sementara itu, kalau korang nak lebih informasi jangan lupa ke laman web mereka ok. 

NEO+ HOTEL PENANG

Love, 

Kolin Zainal 

  

 

3 comments:

  1. hotel quite new, dekat city centre, so location pun bagus.
    the last time i went, ada banyak semut dekat table. XD

    Ultimate Guide to Krabi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooh iye, masa i pergi everything was ok. no semut hahahah...
      u manis kut orangnya, tu semut suka !!

      Thk u

      Delete
  2. Dekat sgt dgn rumah mentua saya ni...
    Dulu ni hotel continental kalau tak silap...then new managemnt take over n refurbish blik...nmpk cantik plak...boleh i tau rate bilik family ni brp ya

    ReplyDelete

loving me..loving you