Monday, May 15, 2017

Fragrance of Heart by Shidie Sahaq

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Buat peminat minyak wangi, kini korang ada satu lagi pilihan tau. Dengan menampilkan PapaHug & MamaKiss by ShidieSahaq ini pasti memberikan korang pilihan lebih lagi dalam minyak wangi yang berada di pasaran. Shidie Sahaq seorang peniaga anak tempatan yang telah memulakan perniagaan beliau pada 2014, kini telah berjaya di bawah nama Global Enterprise Shidierich. Kolin besar hati sangat dijemput ke Saloma Bistro bagi sama-sama menyaksikan pelancaran gilang gemilang ini. 


Selain perfume, untuk yang berhijab pun ada jua. Spray yang memberikan kesegaran kepada rambut setiap kali kita pakai tudung. So selepas ini kalau pakai tudung seharian, bila balik rumah buka memang wangi aje. Hilangkan kegatalan rambut, minyak dan pelbagai lagi. Ini juga keluaran terbaru byShidieSahaq.  



PapaHug & MamaKiss adalah minyak wangi 'inspired' tau. So kalau korang suka haruman minyak wangi yang berada di pasaran, tapi nak yang harga mampu milik dan halal korang boleh cuba yang ini. Menyerupai seperti bauan yang asal sebanya 65-75%, menjanjikan haruman yang kekal lama. Di import dari France, Switzerland dan Germany dan disebabkan itu kualiti minyak wangi mereka di tahap yang sangat memuaskan. 
 
Ditampilkan pada saiz yang sangat comel iaitu 35ml senang korang nak masuk dalam handbag dan travel betul tak. So kalau sebelum ke mana-mana sembur sahaja, tahan 8 jam tau. Buat yang nak tengok review atau testimoni mengenai minyak wangi by ShidieSahaq korang boleh melawat IG penyanyi kumpulan Eva iaitu Linda, Penyanyi Syura atau pun Lan Kristal. Inilah antara barisan artis yang telah mengunakan haruman PapaHug & MamaKiss tau. Ianya boleh jua digunakan buat seisi keluarga, kalau nak sembur kat anak-anak, kiranya memang korang boleh berkongsi lah sekeluarga kan.  

Antara wangian yang dipasarkan ialah Dunhill Desired Red, Desired Blue Dunhill, One Million, 212Sexy, Jadore, Forbidden Rose, Be Delicious, Midnight Fantasy, Purr, Bombshell, Gucci Flora dan Hugo Boss. Buat yang nak melawat IG dan FB mereka boleh lah klik link kat sini www.facebook.com/papahugmamakiss atau www.instagram.com/byshidiesahaq

Buat team ShidieSahaq kolin ucapkan tahniah di atas pelancaran minyak wangi PapaHug & MamaKiss. Semoga lebih berjaya di masa hadapan. Suka tengok anak tempatan berjaya di dalam bidang perniagaan tau. Bagi korang yang nak lebih banyak informasi, nak jadi agen, nak tahu lebih mengenai apa lagi haruman yang ada, boleh ke alamat di bawah ya.

SHIDIERICH GLOBAL ENTERPRISE
311 BOOK 3 JALAN RIM 8/1
SEKSYEN 8, 40000 SHAH ALAM 
SELANGOR 
TEL: 019-2978724/0169601297
EMAIL: mamahugpapakiss@gmail.com


Terima kasih atas jemputan dan all the best buat Tuan Shidie Sahaq !!
 


Love,

Kolin Zainal 


No comments:

Post a Comment

loving me..loving you