Sunday, May 14, 2017

Hotel Concorde Shah Alam edar Bubur Lambuk !




Assalammualaikum dan salam sejahtera

Buat kali ke 13, Hotel Concorde Shah Alam telah berbesar hati mengedarkan kepada orang ramai Bubur Lambuk yang memang menjadi acara tahunan mereka. Mengedarkan Bubur Lambuk kepada warga yang berada di sekitar Shah Alam memang menjadi amalan semenjak 2004 dan ianya amat bermakna.

Proses memasak yang bermula dari jam 7.00 pagi ni telah melibatkan lebih kurang 300kg beras dan 80 kilo daging dan pelbagai ramuan lain juga yang dimasukkan demi menghasilkan bubur lambuk bagi orang ramai. Dalam jam 12.00 tengahari sebanyak 8000 bekas bubur lambuk telah dihasilkan. Tapi edaran bermula jam 4.00 petang dan jangan tak tahu bermula jam 2.00 petang lagi orang ramai dah beratur. Maklumlah memang orang dah tahu bubur lambuk edaran Hotel Concorde Shah Alam kan memang sedap. So nak ambil pun senang sangat, sebab korang hanya perlu ‘drive tru’ tak perlu parking pun. Tak sampai jam 7.00 petang semua 8000 bekas bubur lambuk pun habis !!! Sedap tak usah cakap lah sebab kolin pun beratur ambil sama hihihih. Balik kerja terus singgah ambil tau !



Menurut Mr. Patrick Ng, General Manager Hotel Concorde Shah Alam tradisi ini telah mendapat sambutan dan sangat terkenal di kalangan warga Shah Alam. Tak hairanlah kalau 8000 bekas pun boleh habis kan  ! Memang bagus program ini untuk komuniti setempat di Shah Alam. 


Selain itu, Buffet Ramadhan Previu juga telah diadakan bagi mempromosi berbuka puasa di Hotel Concorde bagi tahun ini. Dengan harga bermula dari RM123 nett untuk seorang korang boleh makan pelbagai jenis juadah tau. Untuk penempahan boleh hubungi 
03-5512 2200 ext 2440/2406/2210 atau email kepada vee@concorde.net
 
Menampilkan Citarasa 7 Kampung sebagai tema bagi tahun 2017 korang bakal dihidangkan dengan lauk pauk yang jarang-jarang kita dapat makan. Antaranya Daging Masak Hitam Kg. Teluk Kumbar Penang, Kuzi Ayam Kg. Kempas Johor, Gulai Lemak Udang Galah dengan Belimbing Buluh Kg. Seri Menanti Negeri Sembilan, Ayam Percik dari Kg. Pasir Mas Kelantan, Hot & Sour Szechuan Sup dari Kg Morten Melaka, Ikan Talapia Masam Manis dari Kg. Sembilang Selangor dan Rendang Dating dari Kg. Tanjung Malim Perak bagi menampilkan kelainan dalam buffet Ramadhan mereka kali ini. 


Selain itu, ada sup ekor atau gearbox turut ada nanti. Memang terliur kalau tengok barisan lauk-pauk berbuka puasa nanti. Jadi puasa dah bakal tiba pada 27 Mei nanti kan, buat warga kota dan Shah Alam jangan lupa menempah tempat berbuka puasa buat korang sekeluarga okay. Buat yang tak pernah rasa Teh Tarik yang paling sedap di Shah Alam iaitu di Hotel Concorde Shah Alam ini lah masanya. Tak tipu memang sedap gilerrrrrr







Ruang makan yang disediakan pun selesa dan sesuai lah kalau korang nak datang berbuka dengan keluarga atau kawan-kawan kan. Siapa yang tak pernah makan di Hotel Concorde Shah Alam, patut datang kat sini masa berbuka puasa nanti. Sebab air tangan Chef kat sini memang sedap sangat. Manisan dan bubur pun ada juga disediakan, pendek cerita memang menu disediakan amat berbaloi. So jangan lupa tempah cepat ya !




Love

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you