Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Trip to Penang: Hari Kedua di Hotel Neo+ Penang

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Hari kedua di Hotel Neo+ Penang kita bersarapan lah dulu. Disebabkan tidur malam tadi selesa sangat kat Family Room tengok lah muka-muka wajah kesayangan kolin ni haa...Happy sangat tau hahahahah. So dah sengih dan bersiap kami semua nak breakfast


Jadinya untuk breakfast kami sekeluarga ke tingkat 1 lah. Lemongrass Restaurant ini  didekorasi dengan hiasan segar dan moden. Bagi kolin memang sesuai untuk sekeluarga datang makan kat sini. Lagi pulak macam kolin cakap, warna hitam adalah warna rasmi hotel ini. Memang stylo habis lah...nah tengok cara mereka susun sudu garfu atas meja.



Classy sangat kan !! Terus terang hotel ini memang simple sangat. Kolin suka sebab cahaya semua terang-terang tak lah malap. Susunan meja pun bagus sangat. So kalau datang menginap sekeluarga ada meja besar dan panjang. Kalau menginap solo pun ada ruang untuk korang duduk makan sebab ada bahagian yang ini.  Selesa kan !!!


So dah ada tempat duduk, kolin dan anak-anak nak tengok apa ada dalam menu sarapan pagi. Jangan risau korang, sebab tempat buffet kat sini besar, macam-macam ada tau. Memang enjoy sangat makan breakfast. Percaya atau tidak, memang kami BREAKFAST LIKE A KING hahahhaha. Duduk dekat sejam lebih makan perlahan-lahan semua menu yang ada. Ada makanan ala cina, melayu, india semua boleh kita rasa kan sini. Makanan ala Penang pun ada. Senang cerita kalau menginap kat sini, jangan tak turun makan pagi  !














Banyak kan pilihan, ini adalah sebahagian yang ada tau. Ikutkan kalau nak share gambar memang banyak lagi. Itu lah sebabnya kami sekeluarga duduk makan sampai sejam lebih kat sini. Tapi jangan risau, waktu breakfast di sini adalah dari jam 6.30 pagi sehingga 10.30 pagi. So datang ikut masa yang sesuai ok. Yang penting breakfast dulu sebelum aktiviti lain. Selesai breakfast, anak-anak kolin memang dah tak sabar nak naik ke level 25. Ada kolam renang siap dengan pemandangan 360 darjah sekitar bandaraya Pulau Pinang. Siapa yang belum pernah melihat Penang atau Pulau Pinang dari ketinggian ini wajib naik ke hotel ini dan naik ke tingkat 25 bagi menikmati pemandangan sekitarnya. Dan memang confirm bangunan Komtar memang salah satu mercu yang boleh korang tengok lah. 


Haa yang suka posing-posing ala model sendu macam kolin ini boleh lah buat OOTD atas ni wei. Memang cantik sangat !!! Sekeliling tau boleh tengok dari kiri, kanan, depan dan belakang. Lokasi strategik Hotel Neo+ Penang menjadi pengalaman bercuti di Penang memang tak boleh dilupakan. Naik bas sampai stesen bas Komtar, boleh jalan kaki sahaja tau ke Hotel ini. Lagi pulak bus stop depan hotel, naik bas nak kemana-mana pun boleh.


Kolam buat anak-anak pun ada !
 



Haa...inilah kenangan yang tak boleh kita nak lupakan, betul tak? Percutian keluarga dan kenangan buat anak-anak apabila semua kerja di tinggalkan belakang dan kita fokus dengan kemesraan kekeluargaan yang ada. Jadinya tepat lah pilihan kami kali ini untuk menginap di Hotel Neo+ Penang bagi percutian keluarga 2017. 


Aktiviti mandi manda pun berlangsung hampir jam 1.00 tengahari hahaha. Maklumlah anak-anak dapat kolam renang memang suka lah sangat. Jadi untuk makan tengahari kolin nak bawak korang untuk makan nasi kandar sedap di bandar Georgetown. Paling best korang tak perlu drive keluar dari hotel pun. Jalan kaki aje tau. Punya la bagus lokasi hotel ini sebab stress free !!! Jadi tak perlu keluar kereta, kita jalan kaki sambil menikmati bangunan-bangunan sejarah tinggalan di Penang ini. Memang korang sure suka tengok bangunan lama yang di kemas kembali. Boleh buat photoshoot huhuhu...

So setakat ini hari kedua kat sini, kolin sambung makan lunch next entri ya....Babai !!!

Love

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you