Thursday, June 8, 2017

PENGHARGAAN KEPADA WIRA-WIRA MASYARAKAT DENGAN KEMPEN DARI NESTLE MALAYSIA

Assalammualaikum dan salam sejahtera 

Bersempena dengan Ramadhan tahun ini, Nestle Malaysia telah berbesar hati berkunjung ke Jabatan Bomba & Penyelamat Kuala Lumpur dan jua Ibu Pejabat PLUS Malaysia Berhad bersempena dengan kempen terbaru mereka "Sepotong Kenanganku" yang seiring dengan ucapan terima kasih kepada mereka yang sentiasa komited kepada tugas demi orang ramai. Tapi biasalah kan, sumbangan merkea ini kita tak nampak, akan tetapi sumbangan dan pengorbanan dari mereka besar sebenarnya sempena bulan suci ini. 

Kekal dengan slogan, Nestle Aiskrim Tradisi iaitu 'Ukir Senyuman dengan Sepotong Kenangan' semua anggota dan kakitangan yang bertugas diraikan dengan aiskrim berperisa tempatan. Macam masa kita kecil-kecil dulu. Antaranya perisa kacang merah, sirap bandung dan kelapa gula melaka. Ini adalah tanda penghargaan atas usaha dan dedikasi mereka yang yang bertugas tak kira masa. Kita berbuka bersama keluarga di rumah. Tapi mereka semua bertugas demi keamanan masyarakat kan. Hebat !! 

Pegawai Bomba Jabatan Bomba Dan Penyelamat KL_L-R_ Mohammad Syaqirin Haqimi bin Mustapha, Mohd Aidil bin Mohd Saleh

                                  TMC_L-R_Faridah Binti Mansor, Norziha Binti Abdul Rahman


Ramadhan adalah bulan bagi mempertingkatkan amal dan merapatkan kekeluargaan. Dan wira-wira masyarakat inilah yang telah mendahulukan keperluan orang lain dari diri sendiri. Peranan penting yang dimainkan oleh mereka ini selalu terlepas pandang. Oleh itu Nestle Ice Cream ingin menghargai dan berterima kasih kepada mereka semua atas jasa dan bakti yang ditaburkan, menurut kata Yit Woon Lai, Pengerusi Eksekutif Perniagaan Nestle Ice Cream. 'Sepotong kenangan' adalah satu cara atau kempen yang ingin disebarkan bagi mewujudkan semangat kekeluargaan sesama mereka. Dah lah bertugas kan, itulah yang membuatkan rakan sekerja dah jadi macam keluarga kedua sepanjang berpuasa. 

NESTLE AISKRIM TRADISI adalah jenama yang menghargai nilai detik kegembiraan dan nilai keakraban keluarga. Oleh sebab itu, kempen ini amat sesuai untuk diterapkan supaya semua orang tahu yang kita perlu hargai semua wira-wira masyarakat yang berkorban demi kebaikan semua ini. 

Untuk yang tak pernah terfikir akan pengorbanan mereka ini. Mungkin dengan perkongsian ini korang pun dah tahu sedikit sebanyak kan. Nak tahu lebih lanjut korang boleh ke laman web mereka NESTLE Terima kasih WIRA-WIRA ku....

Love, 

Kolin Zainal 

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you