Friday, June 16, 2017

Tahniah Alisa Maisara

Assalammualaikum dan salam sejahtera 

Berita baik bulan Ramadhan kali ni. Blog ini kan untuk kenangan kolin dan anak-anak. Jadi kolin nak lah share dengan korang kegembiraan kolin sekeluarga minggu ini. Kegembiraan sebagai seorang emak oleh anak perempuan nya. Tak kira lah baru darjah 2 pun, tapi kolin happy sangat Alisa Maisara menunjukkan peningkatan yang sangat membanggakan. Seperti yang kolin pernah cerita anak dara kolin sekolah SJKC. So aliran pun lain, memang jadi masalah apabila semua mata pelajaran di ajar dalam Mandarin. Bayangkanlah sains, sejarah, matematik semua dalam Mandarin. Anak Melayu nak masuk dalam kepala semua tu kan payah. Tapi Alhamdulillah, berkat usaha keras anak dara ini menghasilkan sesuatu yang boleh kolin kata BANGGA.


Walaupun keputusan bahasa cina tu agak rendah, tapi sebelum ini lagi teruk. Tu dah naik sikit, Alhamdulillah sangat. Tu pun usaha Teacher Jesney yang sudi datang ke rumah home tutor Alisa untuk setiap minggu. Thank you Jesney !!! I know u did not read my blog, but i would love to express my gratitude to you !!

Kalau tengok yang lain Alisa Maisara score A dan B. Secara purata semuanya ok sahaja bagi kolin ada peningkatan. Dan Alisa dapat No 2 dalam kelas tau. Bestnya....tak sangka sangat dia berjaya buktikan yang dia boleh buat semua tu. 

kolin doakan semua anak-anak kita berjaya ye. Ini sekadar coretan kenangan buat kolin sekeluarga.

Alisa ...U did Great !!!!



Love, 

Kolin Zainal

1 comment:

loving me..loving you