Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Solat!


Assalammualaikum

Maaf lah gambar memang kurang pixel maklumlah dari bbery yang sangat antik kan. heheh. Bila lah aku boleh upgrade nih..oh doakan aku kaya hehe. (sila lah beli tudung alialisa). Inilah buah hati pengarang jantung ku, alisa maisara. Sekarang bertambah bijak dan cerdik malah sekarang sangat "talkative"  dan dia memang tahu apa yang dia nak. Sangat teruja melihat alisa membesar ok. 

Selalu dia akan dapat join solat time maghrib lah. Time aku dah selesai acara masak memasak. So dia pun akan sibuk lah nak diri sebelah aku dan sejadah nak sendirian berhad ok. So mula lah kita bersolat sama-sama. Alisa pun pakailah telekung pink mengada tu, mula lah aku pun takbir nak solat. Dia ikut lah semua yang aku buat, paling tak tahan dia siap berbisik-bisik seolah-olah memang tengah membaca bait-bait ayat tuk bersolat. Selesai satu rakaat, alisa tetiba berhenti dan tadah tangan siap amin tu. 

Aku memang lah tak khusyuk lah kan...sekali dia bukak semua telekung dia..haa ko...siap kuar dari bilik dan annouce kat semua orang!!

ALISA DAH SOLAT!

aikk...satu rakaat aje maghrib ko lisa hahahhaha...
jadi lah daripada takde kan...






p/s: mamy doakan anak mamy ali dan alisa yang terbaik dunia dan akhirat

2 comments:

loving me..loving you