Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

trip to melaka

Assalammualaikum

Hari yang sama kolin ke melaka
destinasi yang kami tuju adalah tempat makan umbai
disebabkan takut sesat kolin mengunakan 'waze' wah..sangat-sangat membantu ok..

bila dah sampai waktu tu petang memang elok sangat cuaca
lihatlah perkampungan nelayan ini..teratur dan cantik
siap ada pengangkutan bot ke pulau besar..kalu dulu pernah masuk TV3 tempat orang bayar niat kubur-kubur lama. aish..takut..

perkampungan nelayan umbai

selesai acara makan kat umbai yang super mahal tu
bayangkan kerang rebus RM9 
siput buluh RM18 
nasi lemak dua RM1.40 
dan air untuk 5 orang kami berabis RM50 jugak tu..
mahal nyer makan di umbai ini..
nasib lah perut dah kenyang ..so kami terus ke melaka raya untuk mencari tempat menginap malam ini. Cadangnya di tengah pusat bandar supaya senang nak berjalan esok. Maklumlah anak-anak dah lama tak ke Melaka ...


 Hotel ini Hash Hotel House Melaka merupakan hotel yang sangat sederhana. Kolin dapat harga RM162 untuk penginapan semalam. Dua katil Queen dan pada kolin sangat-sangat selesa. Aircond dan TV juga bagus. Pendek kata puas hati lah...lagipun dah petang kan..saja nak lepaskan penat sebelum bertolak balik esok. Isnin kan cuti Hari Malaysia..

Malam tu kolin makan malam berdekatan dengan Mahkota Parade 
dan breakfast di Restoran Asam Pedas yang pernah keluar Jalan Jalan Cari Makan..
Memang sedap..tapi mahal makan di Melaka ini..hrmm
bukan dalam destinasi bajet dah Melaka

Selesai makan kami bersiap dan terus ke A Famosa untuk berjalan-jalan 
masa ini lah anak kolin alisa try naik beca 
excited tak ingat..RM20 untuk satu beca..
dan masa nak sampai tu..alisa request nak naik sorang-sorang ok..
sangat sangat karenah dia ni sekarang..huh



Selesai melawat semua di melaka kami meneruskan perjalanan balik ke kuala lumpur. disebabkan cuti panjang 3 hari lebuhraya plus memang sangat sesak. kami pun 'on waze' dah terus ikut jalan dalam untuk balik. Kebetulan masa perjalanan balik masuk rembau nampak lah water world pedas, kami pun singgah lah untuk merasa water world di sini. Sebab ada air panas kan..

daifnya kemudahan di water world ini tau.. ada ke tepi tu langsung tidak disediakan kerusi untuk orang duduk berehat. Sedih giler tempatnya. Mainan pun banyak tak bukak, dewasa RM15 dan kanak-kanak RM10, warga emas RM10. Makanan memang strict sangat tak leh bawak masuk lah kan. Makanan yang dijual rupa haram aje tak sedap...ini lah orang nak berniaga untung besar-besaran. 

kalau nak suruh kolin ulang semula memang tak pergi dah. Ini saja nak pengalaman ke water world ini sahaja. Kunun canggih water world ini tapi kerusi tuk warga emas berehat pun tiada. Tidak prihatin akan anak kecil dan warga emas dalam ini. Sejam dua kami mandi manda terus bersiap pulang ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah perjalanan kami tak lalu tempat sesak langsung sebab balik ikut highway LEKAS.

berakhir sudah perjalanan kami dari batu pahat, melaka, negeri sembilan dan pulang kembali untuk rutin bekerja dan sekolah.

Can't wait for another 2 week..holiday coming right up!! yeay

p/s: to lose a pathetic friend is good that keeping it one..

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you