Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Travel: Bharat Tea, Cameron Highland

assalammualaikum

Bharat Tea memang sangat-sangat terkenal di Cameron Highland. Sekarang Bharat dah ada banyak sangat cawangan di Cameron. Pilih sahaja station yang mana kita nak singgah. Untuk kali ini kami memilih tempat yang lama sebelum turun ke Ringlet.


Sesampai kolin dan kawan-kawan di sini, kami terus rasa nyaman sangat. Bersih, segar dan rasa macam nak duduk sini terus. Hijau saujana mana memandang..tetiba kolin rasa nak bersyair pulak hihih


acara wajib adalah posing posing di ladang teh. Dah ada amaran tak boleh petik daun teh. So kami menumpang bergambar dan feeling feeling ala hindustan hehe


Selain daripada bergambar di ladang teh, di sini juga kita boleh melepak di cafe yang disediakan. Berbagai jenis teh yang dihidangkan di sini. Ada juga cheese strawberry cake, oreo cheese cake, american chocolate cake dan banyak lagi. Harga yang dikenakan agak tinggi pada kolin. Tapi once a while melepak di kehijauan begini dan menghirup secawan teh yang panas it sooo priceless!


Dah bergambar, dah minum teh panas serta kek, kita juga boleh membeli sedikit buah tangan di sini. Apa saja jenis teh ada di jual di sini hasil keluaran Bharat Tea. Pendek kata sediakan RM sahaja. Teh Strawberry ada, teh lemon, teh blackcurrant, teh serai, teh hijau berbagai lagi lah, teh masala pun ada. Mungkin teh masala tu rasa sedikit berempah dan pedas, agaknya lah. Kolin sendiri tak pernah cuba, mungkin lain kali.


gigit jari wei masuk tea shop ini, sebab semua yang dijual murah-murah dan macam sedap belaka.



sila abaikan muka kat tepi tu, sebab setiap kali aku snap gambar si lalat ini menyibuk hahaha

So jangan lupa enjoy di sini kalau ke Cameron Highland ok.


No comments:

Post a Comment

loving me..loving you