Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

MaryKay Jelly Lip Gloss

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Kolin nak share sikit pasal MaryKay Jelly Lip Gloss yang kolin menang giveaway Syawal tu.
Lip Gloss ini memang sangat-sangat best. Korang akan teruja tengok kesan Jelly Lip Gloss dari MaryKay ini. Sekali sapuan terus nampak macam bintang glamor tau. Siapa cakap kolin menipu, dosa tau hahah

Yang tengah-tengah tu ialah Jelly Lip Gloss dari MaryKay bertajuk Berry Me.
Cantik, berkilat dan lebih penting tahan lama. Maklumlah beraya kan, makan macam-macam. Selalu lepas makan memang hilang lipstick kat bibir tu kan. Tapi dengan Jelly Lip Gloss ini memang best.


Nampak tak kesan yang sangat hebat tu. Kolin hanya sapukan gincu biasa dan sapu lip gloss ini. Terus effect nammpak macam Jennifer Lopez kan. Dari dry look lips, terus ke bootylicious look lips.

Meriah sangat kilatan lip gloss ini ok. Tak kisahlah warna lipstick kita apa pun, sapu saja lip gloss dari MaryKay ini. Effect memang sangat-sangat seronok. Kepada semua yang nak tau lebih lanjut mengenai lip gloss yang hebat ini boleh lah  ke laman web http://www.marykay.com.my/

Kepada sesiapa yang selalu tanya kenapa bibir kolin berkilat-kilat ala retis tu, inilah rahsia nya. Jangan lupa dapatkan di pasaran ye. Kini bibir berkilat kolin bukan RAHSIA lagi hihihi

Love, 

Kolin Zainal


No comments:

Post a Comment

loving me..loving you