Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Satay Sedap di Ukay Perdana

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Awas !!! Buat semua peminat hidangan satay macam kolin. Semua yang bakal korang baca dan lihat memang akan membuatkan korang menelan air liur nanti. Tak tipu, bukan nak membodek tapi ini lah realiti. Realiti ada satay gemuk, sedap, mercik di Ukay Perdana uolls. Lebih tepat lagi alamat lengkap mereka ialah SATAY SEDAP, NO 24G, JALAN UP 1/7 UKAY PERDANA 1 68000 AMPANG SELANGOR. Kalau nak senang call sahaja Owner kepada SATAY SEDAP di talian 012-3636278 atau 013-2486666 iaitu En. Sham. Mana tau boleh minta dia hantar lokasi kedai kan. 



Kolin memang suka giler makan satay. Terus terang cakap dalam seminggu tu mahu 3-4 kali makan satay. Tapi kali ini kolin suka sangat lah nak kongsi dengan korang cerita kolin makan Satay Sedap selasa malam yang lalu.

Restoran SATAY SEDAP ini telah dibuka dari 3 tahun yang lalu, menurut pemiliknya En. Sham ianya adalah satu perniagaan keluarga dari beliau kecil lagi. Mak serta ayah memang berniaga satay dulu-dulu. Jadi memang berniaga satay ini bukan perkara yang asing bagi En. Sham. Restoran yang sangat simple dan nampak mesra ini banyak diletakkan barang-barang antik. Ini kerana En. Sham seorang pengemar barang antik dan dengan meletakkan di setiap sudut ruangan kedai, beliau dapat berkongsi dengan semua pengunjung Satay Sedap.

Mesti korang nak tahu harga satay gemuk ini kan? Percaya lah cakap kolin, satay gemuk dan berbaloi ini memang murah sangat. Kiranya berbaloi kalau korang datang makan bersama keluarga kat sini.
Untuk satay ayam secucuk hanya RM1.00, satay daging RM1.20, satay daging kambing RM1.80, satay perut RM1.20 dan nasi impit yang dibuat sendiri ini satu set hanya RM2.00 sahaja. Kalau nak satu bantal nasi impit besar tu RM10.00 sahaja.




Kalau cerita bab satay ini memang korang nak tahu rasa kuah kacang untuk cicah tu kan. Trust me, kuah kacang kat sini sedap sangat, pedas, cukup rasa, cukup segala-galanya. Itu yang bila dapat satay gemuk yang cukup perapan, sekali dengan kuah kacang yang super sedap membuatkan kolin tak lupa dengan Satay Sedap. Nak beli kuah kacang pun boleh kat sini RM15 sahaja bagi satu kilo. So kalau rasa nak buat open house atau apa sahaja acara makan-makan boleh lah order. Dah sah sedap.

Kalau rasa nak makan mee rebus pun ada di sini. Mee rebus berharga RM6.50 satu mangkuk besar ini memang berbaloi untuk di cuba. Kolin orang Johor, so mee rebus kat sini memang rasa sangat Johor tu. Cakap banyak tak guna, korang kena cuba !!



Menyediakan dua hidangan utama ini, ada jua minuman yang menjadi all time favourite di SATAY SEDAP.  Iaitu Apple Asamboi yang di adun dengan rasa masam manis bagi menaikkan lagi selera makan satay di sini.


Jadi lepas ini kalau korang kat KL nak makan satay sedap terbaik dalam bandar sila lah ke Satay Sedap di Ukay Perdana. Kolin first time datang pakai waze sahaja, memang senang nak cari jalan. Parking pun banyak jangan risau lah.

Inilah dia tempat makan baru kolin sekeluarga. Kami memang hardcore makan satay. Terima kasih kepada pemilik En. Sham kerana menyediakan satay yang super sedap memenuhi citarasa rakyat Malaysia hahahahhaha.



Jangan lupa subscribed utube kolin ok https://youtu.be/-_PuEPqiDdw video satay gumuk dah upload dahhhhh

Love,

Kolin yang tak move on suka ‘satay gumuk’



No comments:

Post a Comment

loving me..loving you