Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

MBSA Open House Di Stadium Shah Alam

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Ini lah open house pertama untuk tahun ini yang kolin pergi. Lagipun MBSA memang jemput orang awam pun, so kalau korang nak pergi tahun depan Insya Allah boleh lah join. Kolin sebenarnya setiap tahun tak pernah missed pergi open house MBSA. Sebab macam-macam makanan dan paling penting dapat jumpa kawan-kawan !! Itu sebab lah suka pergi open house MBSA, masa ini lah nak jumpa kawan-kawan di Jabatan lain.



Tengok lah siapa yang yang datang. Ustaz Nogori pun ada, nak tahu tak..masa kolin lalu depan ni dan ambil gambar tu siap gelak-gelak. Sebab kolin teringat ceramah dia yang kelakar tu. Tapi nak bergambar bersama den segan. Penyudahnya kolin snap aje lah gambar mereka beramai-ramai ini. Tinggi jugak ustaz ni rupanya.

Menteri Besar Selangor pun datang juga. Memang meriah tau, korang tahun depan jangan lupa join kalau MBSA buat jemputan orang ramai lagi. Cuma tahun ini pilihan makanan limited lah sikit dan tak banyak. Sebab ada yang makanan habis sebelum pukul 2.00 petang. Mungkin juga yang serbu ramai kan. Tahun lepas ada Jamal Abdillah, tapi tahun ini kolin tak pasti ada artis ke tidak hari tu. Sebab kolin sibuk pergi beratur sedap hahahah. Satay Famili yang memang terkenal kat klang tu ada weii..beratur lah 2 kali uolss 



 Memang ramai sangat, ada ayam golek, ada buah-buahan, roti jala, mee kari, nasi impit dan pelbagai jenis pilihan air yang ada kat sini. Tapi yang penting kemeriahan beraya kat Stadium Shah Alam memang best. Kalau boleh tahun depan MBSA buatlah besar-besaran lagi tau !! Seronok



Inilah kemeriahan yang kolin nak berkongsi dengan korang tahun ini. Tahun depan ada rezeki kita pergi lagi rumah terbuka aidilfitri MBSA ye. Terima kasih MBSA...


Love, 

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you