Thursday, September 28, 2017

REVIEW: Part 1: Nusa Holiday Village, Kuala Tahan Pahang

Assalammualaikum dan salam sejahtera

 Buat korang yang mengimpikan percutian keluarga yang sangat bermakna kolin nak cadangkan ke NUSA HOLIDAY VILLAGE, KUALA TAHAN yang terletak di Taman Negara Pahang. Perjalanan dari Kuala Lumpur, masuk Temerloh dan kemudian ke Jerantut ini mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah ke 2 jam mengikut pemanduan korang lah. Yang penting banyak papan tanda yang korang boleh ikut untuk terus ke Kuala Tahan atau Taman Negara. Pesanan penaja, apabila sampai ke Bandar Jerantut sebelum simpang terus ke Taman Negara pastikan minyak kereta di isi penuh, sebab di Pekan Kuala Tahan kolin tak nampak pun stesen nak isi minyak. Eloknya makanan pun beli lah siap-siap takut kat sana mahal dari biasa. Memang jalan ke Kuala Tahan boring dan sunyi tau. Lalu ladang kelapa sawit dan kawasan Felda. Sesekali nampak la rumah-rumah orang.




 Jalan masuk ke Nusa Holiday Village ini lebih kurang 6 kilometer dari jalan utama. Masa korang sampai di Pekan Kuala Tahan, perhatikan pintu gerbang DAULAT TUANKU yang betul-betul bertentangan dengan food court tu. So ada simpang terus masuk ke sebelah kanan. Jalan tidaklah begitu cantik, nasihat kolin bawa berhati-hati. Kalau perasan masa nak masuk siap tulis, untuk kenderaan 4x4 sahaja. Tapi pandu perlahan okay, insya Allah semua okay. Ini lah pintu masuk dia. Jalan ke resort lebih kurang 4-3 kilometer lagi. 


Jalan sunyi dan agak seram, tapi korang terus aje okay. Ikut sahaja trek yang ada tu. 


Lebih kurang 6-10 minit kami pun sampai ke resort. Kami sekeluarga memang tak harapkan sesuatu yang mewah pun. So memang simple, damai dan paling penting sikap ramah tamah dari tuan rumah resort terus menghilangkan rasa penat perjalanan kami. Lihatlah sendiri, resort ini simple dan sesuai untuk keluarga. 


Dah sampai terus check in, sebab dah hampir jam 3.00 petang pun. Kami saja singgah Kuala Krau pekena ikan patin masak tempoyak. Sedap betul laa..korang kalau dalam perjalanan sila singgah foodcourt dan cari kedai nama Gerai Sakinah. Nanti kolin review dalam entri lain ya. Macam tempat lain, resort ini masa check out macam biasa lah sebelum 12 tengahari. 



Dewan makan yang boleh menempatkan lebih kurang mungkin 100-200 orang pada satu-satu masa. Yang penting pemandangan Sungai Tembeling masa menjamu selera. Seberang tu lah Taman Negara Pahang. Hutan tertua di dunia tau.




Jangan kecam akak posing sekeping dua buat kenangan hihi


Surau pun ada, buat yang suka berjemaah boleh lah ke surau.




Kami memilih Family Cottage sebagai penginapan 3 hari 2 malam kami sepanjang berada di sini. Nombor bilik kami istimewa sangat MH17 tu. Semua di sini mengunakan kod MH. Kalau nak duk asrama pun boleh juga kalau korang datang ramai-ramai kan. Ikutlah trip korang tu, yang penting budak kecik pun boleh datang sini. Tak kira peringkat umur pun. 


Disebabkan Taman Negara Pahang ini lebih suka dikunjungi oleh orang asing atau mat saleh, jadi pihak resort pun letak lah notis ini. Ye lah kan, mana ada orang masuk bilik pakai kasut kat Malaysia.

Inilah bilik kami sekeluarga. Dua katil single dan satu katil queen untuk penginapan empat orang. Bilik air ada, sabun dan tuala juga ada disediakan. Cuma tak ada TV! No TV, no line telefon pun uuwwaaaa. Kolin pakai Digi memang terus 'no service'. Kolin dapat tahu cuma Maxis aje ada line. So rehat mata lah kami sekeluarga hahahha. Tapi lagi best masa ini lah kami betul-betul dengar cerita anak-anak, kualiti masa yang tidak boleh langsung dijual beli. Korang datang sini jauhkan diri dari handphone ok. 





Macam kampung kan!! Memang best kalau korang rasakan, korang dan anak-anak korang ada lah orang BANDAR sesangat. Haa...datang sini segalanya sederhana dan terasa sangat kampung. Buat pengetahuan korang, resort ini pernah tenggelam pada banjir besar 2014 yang lalu. Memang kalau tengok gambar masa tu sedih sangat. Cuma tinggal surau sahaja yang tidak dinaiki banjir. Bantuan yang datang pun naik helikopter tau. So dari 2014 ke 2017 mereka bangkit dan mula beroperasi lah. Itu yang kolin dan keluarga dapat jua nikmati pengembaraan ke Taman Negara tu.


Ada hammock, kerusi meja dan macam-macam tempat korang boleh melepak uoolsss. Laki aku tu tengok aje laah handphone sebab takde line jugak hahahhaha. So main lah game hilang gian kata dia. Cuma kalau nak ke sini, pesanan mak-mak yang aku nak bagi adalah bawa bekalan makanan cukup-cukup.

Macam family kolin memang kuat makan. Anak bujang dan suami memang kaki makan. Memang satu beg ikea besar kolin bawak makanan lah. Semua ada dari meggi, biskut, roti, coklat dan segala semua bawa. Ikutkan masa kami check in tu kolin siap bawa bekal nasi dan lauk pauk dari rumah. Jadi kami makan awal jam 11.00 masa kat Kuala Krau, dan jam 3.00 petang makan nasi lagi hahahha



Sebenarnya dewan makan mereka pun boleh order makan. Tapi kolin saja ambil pendekatan mudah, siapkan segala dalam bilik. Dalam bilik tiada mineral water ataupun cerek air. Kolin bawa dari rumah, maklumlah tengah malam nak minum kopi ker, nak makan meggi ke boleh masak air. So disebabkan kita bawa kereta memang kolin angkut aje dari rumah. So pesanan kolin bawak botol air mineral dan cerek air kalau nak senang. Kalau tak nak bawak pun tak apa, sebab korang boleh aje minta air kat dewan makan. PERCUMA aje...cuma kolin sebab ada anak-anak kan tu yang nak senang bawak cerek air elektrik terus. 

Cuaca masih panas masa kami sampai tu. Dalam bilik ada penghawa dingin dan jua kipas. Jadi kami semua berehat tunggu jam 5.00 petang untuk aktiviti seterusnya. Buat pengetahuan korang NUSA HOLIDAY VILLAGE adalah satu-satunya resort yang ada sungai kat dalam tempat mereka. Sungai lawa, sejuk, jernih dan kebanyakkan pelancong berhenti di sini untuk mandi manda sungai. So kalau korang tempah pengembaraan korang kat sini boleh lah pergi sungai jalan kaki. Dekat sangat dengan dewan makan. 

Bersambung lagi nanti...yang nak tempah dan pertanyaan lanjut sila emel kepada nusa@tamannegara-nusaholiday.com.my atau call mereka di talian 09-2662369. Kalau nak tengok lebih info terus ke laman web mereka www.tamannegara-nusaholiday.com.my


Love,

Kolin Zainal
Read More »

Wednesday, September 27, 2017

REVIEW: Losyen pelembab haruman badan untuk 24 jam dari ENCHANTEUR 24H

Assalammualaikum dan salam sejahtera
  
Dari zaman sekolah lagi kolin memang gunakan jenama Enchanteur tau. Dari losyen ke minyak wangi zaman belajar dulu dah pakai. Wangian yang kolin selalu akan beli adalah Charming. Tak pernah berubah pun tau, Charming memang menjadi pilihan hati kolin selamanya ...cewahh... Kalau sesiapa yang tak pernah cuba rangkaian dari Enchanteur, boleh lah pilih sama variasi macam kolin ini. Sebab korang kalau lalu aje mesti orang kata...wanginyaaaaaa...seyes wangi weiii


 
Kita umum dah tahu pengambilan air sehingga 8 ke 10 gelas sehari bagi memastikan badan kita sendiri mempunyai bekalan air yang mencukupi untuk seharian. Malah ada juga yang terlepas pandang dan menyebabkan kulit terhidrasi dan kusam. Lagi lah pula untuk suri rumah yang perlu membuat kerja membasuh, mencuci dan juga mengemas. Memang lah akan menyebabkan kulit kering, kusanm malah cepat kedut nanti. Dengan itu pengunaan losyen tangan dan badan amatlah penting buat kaum wanita tau. Losyen terbaru ENCHANTUER 24H Losyen Haruman Badan  yang dirumus khas dengan air mawar, ekstrak lily putih dan minyak zaitun memang rangkaian terbaik untuk kulit wanita. Gabungan ketiga-tiga ini yang menimbulkan haruman yang terbaik tau. Dan paling bagus, inovasi 24 jam terbaru dari mereka ini.

Telah terbukti secara klinikal bahawa hanya dengan sekali pengunaan Enchantuer 24H Moist Losyen Haruman Badan dapat membrerikan kenikmatan pelembapan sehingga 24 jam. Tekstur yang selesa dan berasaskan air tidak akan meninggalkan kesan berminyak dan melekit pada kulit badan. So korang boleh la sapu sahaja losyen wangi ini bila-bila masa. Nak tidur malam pun boleh, wangi aje bangun tidur nanti tau. Ada 3 variasi bauan yang ditawarkan iaitu Charming, Romantic dan Alluring. Buat yang tak pernah cuba lagi wangian dari Enchantuer, sila lah ke pasaraya atau farmasi terdekat untuk bau sendiri haruman mereka. Kolin tetap dengan Charming, sebab dari zaman sekolah menengah dulu dah pakai. Tak pernah mengecewakan tau. Pergi dating wangi aje hahahahha. So sila beli cepat tau !!


Dengan inovasi terbaru, losyen ini yang akan kekal 24 jam patut kita cuba. Harga termasuk GST hanyalah RM11.90 untuk setiap botol bersaiz 220ml. Nak beli pun mudah, pasaraya, kedai ataupun farmasi memang ada jual. Maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR boleh ke laman web mereka iaitu 


 Wangian Enchantuer direka dengan unik untuk menghidupkan detik-detik romantis harian di setiap perjalanan percintaan menakjubkan seseorang wanita


Love, 

Kolin Zainal
Read More »

Tuesday, September 26, 2017

Manik baju pengantin

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Laaaammaaa sangat tak update pasal manik kan. Sebenarnya ada aje permintaan kolin untuk manik-manik ini. Cuma tak macam dulu, sebab bukan senang wei nak buat manik. Dengan kerja hakiki, kerja rumah, blog, berjalan, merayap dan sebagainya memang sibuk memanjang. Tapi syukur masih ada yang sudi tempah manik dengan kolin. Ini baju pengantin anak jiran kolin yang bakal melangsungkan pernikahan pada November nanti. 

Dress labuh atau jubah ini dah siap manik dan labuci pun asalnya. Cuma pada bahagian tangan dan tail atau hujung kain tu nak bagi berat sikit. Jadinya kolin tak nak kacau tema warna yang ada semua kolin jahitkan pearl warna putih. Nampak lebih cantik dan elegan pada pandangan mata kolin lah. Harap pengantin suka.

Iyelah pernikahan sekali seumur hidup mesti nak lawa-lawa kan. Ini kan kenangan, siapa aje nak kawen tak ada kenduri dan tak pakai lelawa kan. Semua ada impian yang sama. 

Terima kasih menempah !!! semoga murah rezeki




Love, 

Kolin Zainal
Read More »

Friday, September 22, 2017

Salam Awal Muharram

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Salam Awal Muharram korang !! Salam baru buat semua pengunjung blog kolin ni. Hari ni adalah 1 Muharram merupakan tahun baru bagi semua umat Islam. Jadi kalau tahun baru kenalah ada azam baru kan. Azam baru kita ini lah dia

KITA TUTUP AIR ORANG, ALLAH TUTUP AIB KITA
 

 KITA TAK MAHU AMEK TAHU HAL ORANG.
KITA KALAU TAK SUKA, KITA TAK STALK FB, BLOG, IG ORANG KITA TAK SUKA..

KITA MOVE ON UOLLSS
 


 Love,

Kolin Zainal 
Read More »

Wednesday, September 20, 2017

REVIEW: Sarapan pagi di Bila-Bila, AVANI Sepang Goldcoast Resort

Assalammualaikum & Salam sejahtera

Sarapan pagi di AVANI Sepang bermula dari jam 6.30 pagi. Ikutkan pilihan nak bersarapan memang banyak kat sini. Korang boleh pilih samada nak makan dalam restoran atau makan di luar mengadap pemandangan pagi yang cantik ni. Disebabkan pagi tu tak panas, cuaca pun cantik aje, kami sekeluarga makan lah kat luar Bila-Bila Restaurant ini. Sesekali bersarapan mengadap laut haa..






Kalau nak cerita pilihan sarapan pagi kat sini memang lah banyak. Dari yang barat sehingga timur semua ada. Memang kolin suka sebab dari yang tua sampailah yang muda boleh pilih. Jom ada lah sikit gambar antara sarapan pagi yang ada di sini. Ala buffet dan korang boleh lah ambil sebanyak mana korang nak. Tapi nasihat kolin, kalau makan buffet ambil sekadar yang mampu untuk korang habiskan. Jangan membazir! Inilah antara pilihan sarapan pagi di Bila-Bila Restaurant.










Ini baru round pertama tau.. makan ini dulu hehehe


Jangan terpedaya nampak sikit hahaha. Ikutkan hidangan sini banyak. Nasi minyak dan nasi lemak pun ada. Goreng-goreng panas pun ada. Memang kena ambil sedikit-sedikit sebab nak rasa semua menu buffet sarapan pagi di AVANI Sepang ini. Korang kalau menginap sini memang akan rasa puas hati sangat makan sarapan di sini. Masa dinner kat Perahu pun tak 'move on' lagi kan. Ini tambah pulak hidangan yang sebegini...kena datang bercuti sini okay. Bawak sekeluarga atau pun kawan-kawan tau. 




Kalau nak kongsi memang banyak laa menu. Setakat ini aje kut gambar kolin kongsi dengan korang. Kalau dah makan tak melepak tepi kolam infiniti tu memang lah tak sah kan. 




 
Selesai breakfast, kami sekeluarga pun berehat dalam bilik aje. Menikmati bayu pagi sebelum nak check out. Buat yang terlepas boleh lah baca semua review kolin pasal AVANI Sepang Goldcoast Resort kat sini:

Part 1 - Review AVANI Sepang Goldcoast Resort
Part 2: Aktiviti Petang di AVANI Sepang Goldcoast Resort
Part 3: Makan Malam di Perahu, AVANI Sepang Goldcoast Resort

Baca tau korang...terima kasih daun keladi hihihi

 Dah tiba time nak balik dah !!! Terima kasih kepada AVANI Sepang Goldcoast Resort yang melayani kami sekeluarga. Sudah pasti kami akan kembali lagi nanti. 





Harap dengan semua review ini dapat membantu korang kalau ada perancangan untuk ke sini. Terima kasih dan semoga jumpa lagi AVANI Sepang Goldcoast Resort

Babai,

Kolin Zainal 

Read More »