Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Pre- Anniversarry & Pre-Birthday - Makan Buffet Lunch di FUNTASIA Hotel Bangi Putrajaya

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Bersempena kolin dan suami yang nak sambut ulangtahun perkahwinan ke 13 tahun dan hari lahir kolin, kami pun pergilah redeem voucher. Masa pelancaran FUNTASIA, alisa maisara menang dua kupon buffet lunch hari tu. Thank you alisa menang kan tuk kami hahahha. So jom laa celeb pre anniversary dan birthday. Setahun sekali aje punnnnn

 gambar throwback  

Bila sampai aje, meja yang di tempah pun dah ready. Cantik view nampak padang golf dari cermin tu. So jom lah tengok apa yang ada di FUNTASIA Hotel Bangi Putrajaya ini. 


ini baru round pertama ye... kalau kaki mengatah lauk memang macam ni lah. Amek lauk aje...


Alisa memang dengan aiskrim bercawan-cawan lah. Hantu aiskrim dan juga kek. Yang itu memang selera dia. 

Selain itu, boleh lah korang tengok betapa manja nya anak ngan bapak ini. Tak boleh nak berenggang.




Kalau korang nak tahu, buffet lunch di sini bermula 12.30 sehingga 2.30 petang. So kami memang melepak sampai laa pukul 2. Makan santai-santai bersama keluarga katanya. Lagipun banyak juga menu yang ada kat sini. Kolin suka dim sum yang ada, memang repeat itu aje. Lepas tu suka nangka manis yang dipotong fresh tu. 

Dah selesai makan, kolin pergi merayap bahagian luar hotel. Ada swimming pool besar, banyak mat saleh lah kat sini. Lawaaa taman terjaga rapi. Kami anak beranak pun posing la sekeping dua. 




Jangan tanya mana gambar ali imran, sebab dia lah photographer hahah. Sejak pakai hp huawei best wei ni memang dia suka snap gambar mami dia. Lega hati mami si blogger sekarang dah ada photographer tau uolsss. 

Inilah sambutan pre - anniversary kami yang ke 13 tahun. Makan lunch tempat lawa, makan sedap dan yang lagi penting di sponsor tau hahahha. Korang nak tempah boleh call di talian 03-8210 2888 dan mintak FUNTASIA. Kalau tak mau buffet lunch boleh lah cuba hi-tea mereka. Datang dengan kawan-kawan boleh, family boleh, nak celebrate birthday kat sini pun boleh. Sebab suasana sangat menenangkan. Hope dapat review staycation kat sini soon ayat bodek kan. Kalau kolin dapat review staycation kat sini, kolin cerita lebih-lebih pasal pool dia tu okay.

Babai

Kolin Zainal 

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you