Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

EVENT: TRIUMPH MALAYSIA melancarkan bilik persalinan mudah alih pertama di Malaysia

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Triumph Malaysia dengan bangganya mengumumkan bilik persalinan mudah alih yang pertama di Malaysia. Dengan tema mereka 'Find The One' korang boleh datang ke sini dan cuba pakaian dalam yang sesuai dengan korang tanpa perlu masuk ke dalam shopping mall pun. Dengan pelancaran ini Triumph Malaysia memberikan pengalaman unik kepada semua pengemar jenama mereka dengan menjanjikan ketepatan ukuran pakaian dalam setiap pelanggan dipandang berat. 


ini lah dia bilik persalinan mudah alih
 
 Daphne Iking sebagai pengacara majlis

Menurut kata Sheryl Wong, Pengarah Komersil Triumph Malaysia & Singapura, Di Triumph kami sentiasa mengutamakan keperluan pelanggan kami dan dalam era kini di mana segala-galanya dihantar sehingga ke pintu anda. Kami sendiri yakin dengan servis bilik persalinan mudah alih ini akan menjadi tumpuan utama. Bayangkan berjalan masuk ke dalam bilik persalinan yang ditempatkan di bahu jalan, tanpa perlu susah payah cari parking kereta dan berjalan jauh pun. Apa yang lebih menarik korang pun dapat bra yang sesuai dan sempurna tau. Kolin berkesempatan ke pelancaran yang berlangsung hujung minggu lalu di Sunway Pyramid. Bilik persalinan ini diletakkan di luar Blue Entrance untuk semua pengunjung yang berminat melihat dan shopping di sini.

 Ms. Sheryl Wong

 Antara selebriti yang hadir merasmikan Triumph's 1st Mobile Fitting Lab


say braaaaaa

Bilik persalinan mudah alih ini akan memulakan perjalanan pada bulan Oktober dalam usaha memastikan setiap wanita mendapat kesesuaian sempurna dari Kuala Lumpur sehingga ke Pulau Pinang, Melaka, Johor Bharu dan tidak ketinggalan di Singapura selama tempoh 3 bulan. Triumph yang bakal berkerjasama dengan rakan niaga dan pusat beli belah utama di setiap bandar bagi menarik pelanggan setia dan baru Triumph ke bilik persalinan ini. 

Dan kalau korang berkesempatan mengikuti ini semua, mereka juga bakal menjalankan acara bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memakai bra dengan sempurna tau. 


kolin suka sgt elizad sbb drama teman lelaki upahan


sazzy falak dan dynas yang sangat peramah!! Selalu jumpa kat event..suka !

Barisan blogger malaysia dari kiri achik huda, ruby, kolin dan anie

Jangan lupa kalau jumpa bilik persalinan mudah alih ini korang jua boleh bergambar dan terus hashtag #findtheone #triumphmalaysia dan juga #triumphontour. Kalau nak tahu lebih banyak promosi dan jualan yang ada, korang boleh ke TRIUMPH MALAYSIA 

wefie with daphne iking yang sangat comel!!!!

Jadi semua jangan malu-malu untuk memilih bra yang terbaik untuk kita pakai setiap hari ya. Bra juga membantu dalam kesihatan diri kita sebagai seorang perempuan. Pakai bra yang salah boleh menyebabkan badan pun rasa tak selesa. Kalau tak sempat nak ker shopping mall, korang nampak aje bilik persalinan mudah alih ini korang boleh terus ke sana ye. 


main games dan menang hadiah bersama hitzfm..thk u hitzfm !!


Triumph berhasrat dengan menyediakan pengalaman kepada setiap wanita dalam mencari kesesuaian yang sempurna dan menemukan coli atau bra yang di inginkan. Bersempena pelancaran Bilik Persalinan Mudah Alih ini, Triumph juga akan melancarkan siri koleksi Hari Natal yang baru. Buat semua jangan lupa singgah ok !

Love, 

Kolin Zainal 

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you