Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

REVIEW: Deerma Clothes Dryer

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Sebenarnya Deerma Clothes Dryer ini kolin beli dah lama, dari tahun lepas. Baru terdetik nak share sebab musim sejuk dan hujan beberapa hari ini membuatkan semua kedai dobi yang ada dryer full kan. Beratur kolin dengar cerita huhu. Disebabkan kolin ini duduk rumah flat yang tiada balkoni dan kerja pun balik lewat malam memang ada masalah nak sidai baju. Selalu dah mesin baju, suami lah hantar ke dryer. Dan setiap kali RM4-8 lah kami kena, selepas itu tunggu sejam ambil balik. Kekadang jadi masalah bila suami ada kerja luar dan tak dapat menolong. Mula lah dalam rumah kat bahagian langsir tu sidai memacam. Nak buat macam mana dah rupa rumah begitu. Nak sidai baju pun masalah, kalau sidai di luar karang ada penyamun, basah dan pelbagai lah masalah lain. Penyelesaian kolin beli DRYER !!!




Yang ini harga tak mahal mana pun. Masa memula kolin tahu pasal benda ini kawanlah kolin lah bagi gambar. Masa tu terfikir gak, ok ker nak beli. Takut membazir, cepat rosak dan jahanam aje. Tapi kalau kolin tak beri peluang tak tau kan. Lagipun bawah RM200 aje pun, tak salah mencuba. Sudahnya kolin ke laman web online dan terus beli satu. 


 Masukkan baju dan zip kemas

 Laraskan ikut minit yang dimahukan

Angin keluar ikut atas tu

KOLIN REVIEW
 1. Masa korang beli yang ini sebelum guna, tukar dahulu plug yang dua pin (plug china) ke plug kita okay. Sebab nanti korang punya suis atau extension suis terbakar. Sebab tak sesuai, pastikan tukar dahulu (kolin senang, suami kan technician) So kolin tukar sendiri aje. 
2. Kalau nak cepat kering dan tak perlu ulang, masukkan satu jenis pada satu masa. Kalau baju nipis, cotton ala baju sekolah boleh lah try pusing 90 minit. Tapi kolin pemalas, so kolin campurkan semua sekali dan pusing 180 minit. Selepas buka kekadang tu masih ada yang lembab lagi. Kolin pusing lagi 180 minit dan sememangnya akan kering elok lah lepas tu. 
3. Bagus untuk orang yang ada masalah alahan kulit. Sebab cara panas dia tu okay sangat tak rosak baju. Bau pakaian pun wangi aje macam lepas sidai di bawah matahari. 
4. Kalau guna masa musim hujan memang berbaloi. Tak akan pernah bersepah rumah dengan baju bersidai akibat tak kering. Orang datang rumah kita pun boleh tumpang guna. Baju terus baru, masuk dryer dan lipat masuk beg balik. 
5. Bil letrik memang lah naik. Naik dalam RM10 sebulan tapi ok lah kan. Baju semua siap basuh dan kering dalam rumah. Tak buang masa

Mesti korang jiwa mak-mak teruja nak tahu beli kat mana kan? Kolin beli online aje uolls delivery terus. Kat SHOPEE ler weii. Sebelum beli tengok video yang kolin share okay. Terima kasih sebab sudi membaca review ni





Yang suka share, 


Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you