Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

REVIEW: Menginap di Dorsett Grand Subang

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Kali ini kita staycation yang dekat-dekat sahaja. Dorsett Grand Subang ini terletak betul-betul sama area dengan SJMC tu. Dan lebih kurang 5 minit aje dari Subang Parade Mall. Yang best pasal hotel ini ianya sunyi dan sentiasa ada bau aroma spa bila melangkah masuk ke dalam hotel ini tau. Suka sangat...Bila masuk aje kawasan lobby hotel yang luas tu, terus rasa tenang dan relaks aje lah. Itu faktor yang sangat 'win' buat pengemar tidur hotel macam kolin hahahaha. Kolin memang suka tidur kat hotel, bila rasa penat sebulan kerja tu, tidur hotel kan best. Tak payah nak mengemas dan buat kerja lain pun. Tidur, relak, tengok tv dan kalau hotel yang ada bath tub tu sebelum tidur boleh lah kita berendam. Sedap badan berendam lepas tu tidur. Nikmat !!



Ianya tak tinggi pun, lebih kurang 11 tingkat tak silap kolin. Dan kali ini kolin menginap di tingkat 8. Dan kalau korang nak tahu, hotel ini ada dua sayap atau wing. So masa korang check ini tanya dahulu lif mana yang patut korang naik. Sebab memang setiap tingkat sama, takut jadi macam kolin tak jumpa nombor bilik hahahha. Sudahnya kolin tersalah wing laaaa, ada dua lif kat sini. Maklumlah hotelnya besar dan banyak bilik. Jadi jangan lupa tips kolin tu, tanya front office bilik korang wing sebelah mana ye. 


Inilah bilik nya, Superior Room



Selesa betul kan. Dengan lampu-lampu gitu, terus rasa nak beradu kita ni hahaha. Kolin memang suka la bilik macam ini. Terasa betul kata orang, baik bilik kat rumah kita tu pun pakai cadar putih macam ni. Tidur rasa nyaman sangat, harus bertukar semua cadar berwarna warni tu kannnnnn. Sekali lagi pujian yang bukan nak membodek, bau aromaterapi sangat bilik ni. Macam bau peppermint atau serai wangi. Tapi kolin suka sangat. Suka !!!






Bukan lah dekorasi baru, tapi yang penting bersih. Siap ada bathrobe, seterika untuk mengosok baju dan peti keselamatan kalau korang nak menyimpan barangan berharga semasa menginap kat sini. Semua peralatan mandi, berus gigi pun ada disediakan. Bath tub ada okay. Itu adalah satu detail atau point yang sangat penting. Maklumlah kita anak beranak suka duduk dalam bath tub tu. Feeling berehat ala-ala orang hade-hade. Ada satu yang menarik, dalam bilik ini ada telefon bimbit lah. Korang boleh guna untuk melayari internet dan jua sebagainya tau. 



Nanti kalau korang rasa nak ke sini dan berehat, boleh lah baca risalah tu untuk lebih keterangan lanjut. Tapi suka lah kan...korang boleh pakai tu. Untuk penginap hotel di sini, segala servis memang 5 bintang tau. Ada juga teh dan kopi untuk korang buat sendiri.


Itulah dia antara yang boleh kongsikan semasa menginap 3 hari 2 malam di sini. Makanan tak usah cakaplah, memang sedap-sedap. Memang tak dapat nak rasa semua hidangan yang ada di buffet line tu. Time dinner pula ada aje BBQ & Grill. Menginap sini memang dijaga rapi lah bab makan dan minum. 


Dan buat korang yang suka berenang, jangan risau. Sama level dengan Terrace Basssiere Restoran tu ada kolam renang untuk korang enjoy. Dibuka dari pagi sampailah jam 8.00 malam. Kalau cuti sekolah, nak relaks dan tak mau terlibat dalam kesesakan lalu lintas boleh lah pertimbangkan ke sini kan. Lawa kolam, Gym pun boleh tahan, kalau malam-malam boleh layan live band di lobby hotel, Lounge tu. Pendek kata liburan ada untuk semua peringkat umur tau. Suka laaaaa kolin tidur hotel hahhaa. Posing lah satu, dua dan tiga ye. Hotel ini banyak tempat lah boleh ootd, cantek !!




Buat yang suka 'lek lek wat peace' tu, boleh lah ke sini. Dekat sangat, tak silap kolin satu malam superior room tu dalam RM260 tapi korang boleh lah online atau call sendiri untuk harga yang lebih tepat lagi. Tapi ada satu cerita yang kolin nak share sepanjang menginap di sini. Kolin tertinggal sebentuk cincin sebenarnya masa ke ladies room. Dah tu balik bilik, ingat memang tak ada jodoh dah dengan cincin tu. Sekali esok pagi kolin tanya kepada F & B Manager, En. Mazlan untuk tanya kalau ada. 

Sambil buat kerja En. Mazlan datang dan cakap 'Puan..ada !'. Ya Rabbi memang bertuah sungguh badan. Terima kasih En.Mazlan dan Security Department, En. Fauzi sebab simpankan cincin kesayangan kolin. Berjodoh lagi rupanya. So korang, inilah dia review ikhlas kolin menginap di Dorsett Grand Subang. Thank you..semoga kita berjumpa lagi ya. Tak sabar nak berbuka kat sini nanti, gerenti hidangan berbuka meletops letops.

Terima kasih kesayangan melayan kita ni hahahha






Yang suka tidur hotel,

Kolin Zainal



No comments:

Post a Comment

loving me..loving you