Monday, April 9, 2018

Kegilaan order Photobook dengan harga RM8.48 siap pos !!

Assalammualaikum & salam sejahtera 

Semenjak diperkenalkan dengan Photobook ni memang kolin tak lepas peluang lah. Manakan tidak kan..satu buku ni kalau promo siap 21 keping gambar hanya RM8.48 sahaja tau. Tu yang order dah nak sampai 10 buku tu, maklumlah kita kan gigih bergambar



Dari sebuku ke sebuah buku kolin print dah. Seronok sangat sebab gambar-gambar lama dalam handphone, instagram dan juga Facebook boleh link terus. Jadinya memang daripada terbiar gambar dalam tu semua kenangan kolin bukukan. Rasanya murah kut, tak perlu beli album. Dan bila buku macam ini, boleh tulis kat belakang tu buat macam tema. Buat kenangan sekeluarga kan


 Nak order macam yang kolin buat ini senang sahaja. Tak susah pun, yang penting korang download application Photobook di Google Store tu. Lepas dah download, korang ikut sahaja step ini. Setakat ini kolin order yang 21 pages, simple book tu. Tapi kalau korang niat nak order yang lelain tu boleh aje. Dari masa ke semasa banyak sangat offer yang akan masuk dalam inbox kat apps tu. Senang giler, kod yang nak dapat murah-murah tu sekali ada. Untuk hari ini 9 April 2018, korang cuba guna 'Freebies2' untuk dapat harga yang RM8.48 tu. Boleh guna TV3, TV9, Shcawalara pun boleh rasanya. Tapi kene download dahulu buat sekali sahaja, lepas tu bertimbun-timbun kod free masuk tau. 


 Ha..inilah rupanya kalau korang dah download application tu. Akan ada pilihan nak yang mana satu, selalu kolin pilih simple book sahaja. 


kat sini yang korang boleh pilih gambar dari mana yang korang nak dan pilih 21 keping sahaja. Kalau ada gambar yang kualiti agak tidak memuaskan nanti apps ini akan beritahu untuk korang tukar gambar lain. Teruskan sahaja sehingga ke page nak bayar tu. Nampak lah harga tu mahal, jangan panik, terus masukkan kod yang ada tu. Dan magik akan terjadi hahahah. Harga terus murah jadi RM8.48 sahaja. Senang buat simple book sebab kalau print gambar kena beli photo album pulak kan. Kalau simple book ini kolin terus susun kat ruang tamu siap tema lagi mengenai apa. Inilah dia perkongsian kolin hari ini. Jangan pulak merasuk korang ye hahahha. Kolin ni hampir setiap minggu order tau. Banyak sangat kenangan nak simpan huhuhu. Jangan lupa download okay

 Ini masa birthday Alisa 7 Tahun
 
 Ini kenangan ke Yogja, panjat Borrobudur sampai lengit hahahha
 
 Ini review ikhlas uoolss...seronok rupanya dah dekat 10 buku kolin buat haa...rugi korang tak buat wei...cepat pergi download now !!!

Iklan tak berbayar,

Kolin Zainal
 

2 comments:

  1. lama btul tk berphotobook....kemalasan...aku br ada 3 koleksi je..zaman tgh rajin dulu2

    ReplyDelete
  2. Dah download tapi tak guna lagi...

    ReplyDelete

loving me..loving you