Friday, April 13, 2018

KONGSI: Konsert Amal Curahan Kasih, Dataran Seni Klang

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

'Tangan yang memberi, lebih baik dari yang menerima' 

Dalam masa sebulan lebih nak menuju bulan puasa ini, pertubuhan ini telah berbesar hati menganjurkan Konsert Amal Curahan Kasih yang merupakan usaha pihak pertubuhan amal dan anak-anak seni tanah air  khususnya di Negeri Selangor. Menurut mereka, idea ini tercetus atas dasar keinsafan dan jua kesedaran mengenai kesusahan anak-anak yatim. Dan dengan adanya konsert ini, Rumah Anak Yatim Ulin Nuha dan Rumah Anak Yatim Bustanu Ariffin dapat dibantu. Dengan perancangan yang bagus ianya bakal memberikan impak yang positif kepada komuniti setempat dan umumnya juga kepada Majlis Perbandaran Klang. 



Konsert secara percuma ini akan merangkumi persembahan nyanyian  yang bakal mengabungkan dua buah kumpulan muzik tanahair iaitu Kumpulan Fair dan Kumpulan Scorr. Buat peminat mereka jangan lupa turut beramai-ramai okay. Sambil berhibur korang jua boleh menderma demi kelangsungan rumah anak-anak yatim yang terpilih. Ianya diadakan pada 14 April 2018, Sabtu di Dataran Seni, Klang, bermula dari jam 8.30 malam sehingga 11.30 malam.  Kolin harap niat murni dari penganjur dan komuniti setempat dapat mengutip dana yang diperlukan. Ini lah dia usaha murni anak-anak muda dalam menyumbang bakti kepada semua. 

Yang mana tinggal di kawasan sekitar tu, kolin harap boleh lah turun beramai-ramai dan memberikan sedikit sumbangan. Kalau sabtu malam tak ada tempat nak pergi tu. Datang sahaja ke Konsert Amal Curahan Kasih okay. Boleh juga layan lagu-lagu yang akan didendangkan oleh kedua-dua kumpulan ini. Menderma okay....jangan tidak. Bersedekah itu tak akan pernah membuat kita menjadi miskin malah lebih kaya. Sebarkan, bagitahu kawan-kawan, kolin doakan program ini bakal meletops dan berjaya !!!





Love, 

Kolin Zainal 

1 comment:

  1. In Shaa Allah, kita akan berhibur sambil menderma...

    Jom sertai giveaway yg sdg berlangsung di blog Abam Kie? Terima kasih.

    http://www.zukidin.com/2018/04/spm-result-giveaway.html

    ReplyDelete

loving me..loving you