Thursday, April 12, 2018

Part 6 Kelantan Trip: Maggi Telur Sotong, Kak Zah Pokok Kelat

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Masa cerita pasal part 5 tu kan kolin dah sampai hotel dan bersiap untuk makan malam. Masa ini memasing dah lapar, tapi penat akibat mandi kolam petang tadi. Alisa memang dah tertidur masa tunggu makan malam. Tapi kami keluar juga makan malam sebab nak merasa Maggi Telur Sotong yang terkenal di bumi Kota Bharu ini. Sekali lagi lah waze main peranan...Terus sampai kat tempat ini



Jalan kat sini memang ngeri betul, jalan kampung yang gelap dan sempit waze tu bawak. Tapi kami cekalkan hati ikut sahaja sampai lah sampai kat destinasi ini. Sebab kalau dalam waze kalau dah ada sure lah ramai yang dah pernah datang kat sini kan. Kedai biasa je, tapi kolin rasa menu dia meletop sangat tau. Memang makan malam ni kita ada maggi aje oii...tapi weii...dah di inovasi ye.



Kolin dengan hubby order maggi telur sotong dan teh ais madu.


tapi ali imran order maggie special, ada macam-macam dalam tu tau. Sedap sangat...berbaloi laa drive gelap-gelap datang sini.  Korang kalau datang kene waze MAGGI SOTONG KAK ZAH POKOK KELAT. Terus sampai kat sini aje nanti.Senang sangat nak cari tempat makan 'rare' sekarang.



Makan sekenyang dan secukupnya malam tu, sebab ali imran dan alisa maisara memang dah 'pancit'. So malam tu tak merayap pergi Wakaf Che Yeh pun. Sebab kami berempat berehat laa tengok movie dalam bilik hotel. Sambil tu boleh lah tengok pemandangan waktu malam dari hotel kan. So korang tunggu part 7 hahahah..

Kami breakfast dan berjalan-jalan lagi sebab flight kami sebelah petang pada hari ketiga tu. Maklumlah hari isnin pulak kami balik, jalan memang agak sendat sedikit tapi yang best pergi shopping murah sebab bukan time cuti. So nasihat kolin entri kali ini, korbankan cuti sehari dan elak bercuti masa cuti sekolah. Pendapat peribadi kolin, tak berbaloi wei.. Mahal, sendat, sesak dan nak makan pun susah. Nanti kolin cerita di entri, Kelantan Trip yang last ye. Jaga diri korang, salam hari Khamis...

p/s: kita jaga aib orang, Allah SWT jaga aib kita

Terima kasih membaca dan tak jemu-jemu membaca..love uolsss



Kolin Zainal

3 comments:

  1. teh ais madu tu...nk2 cuaca tgh panas....dpt air tu dapnye....udang tu beso...aku pn kalo cuti2 jrg p time peak sbb sesak & hotel pn mhl

    ReplyDelete
    Replies
    1. teh ais tu mmg sedap sangat kan. Yess..kat mana-mana pun time cuti or peak day jangan lah pergi. RUGI

      Delete
  2. Perghhhh menu dia... Harga dia berapa ek?

    Memang tak suka bercuti time tengah cuti sekolah... Stress je

    ReplyDelete

loving me..loving you