Wednesday, April 11, 2018

PRU14: Semakan Daftar Pemilih

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Semalam dah 'live' kan bila tarikh kita mengundi. Semua tahu dah Rabu, 9 Mei 2018. Tarikh keramat tu ler, kita sesama keluar mengundi kan. Sebelum mengundi mohon klik link bawah okay. Kita semak dulu, pendaftaran kita okay ke tidak, kat DUN mana yang kan kita laksanakan tanggungjawab kita. By the way, iollss dan masuk kali ke 3 mengundi uollsss. Tak pernah ponteng lagi sejak dah layak mengundi. Ini kan hak, i suka hak yang ini. 


 
Bila dah siap klik, perhatikan button kuning bawah tu yang ada perkataan SEMAK. Korang terus klik button semak tu okay. Kat situ nanti korang boleh isikan nombor kad pengenalan dan seterusnya jawab sedikit soalan keselamatan tu. Selesai tu nanti keluarlah keputusan korang mengundi DUN mana. Kalau tak daftar, mananya tak mengundi la korang. So jangan bising-bising ya yang tak mendaftar tu




Tunggu 5 tahun lagi, mengundi dan masa tu korang bising lah dan pilihlah yang mana korang rasa terbaik. Kita tak mengundi tak boleh bising ya sis hahahahahha. So itu lah caranya kalau korang nak semak pendaftaran mengundi korang. Selamat mengundi tuan/puan, pangkahlah dengan bijak ye. Kolin mengundi di Selangor uii..Harapnya baik-baik sahaja lah nanti. 

Apa pun yang kita buat, jangan emosi dan ikutlah arahan pihak berkuasa ye. Kolin bertugas nanti, tak sabar wei. Pertama kali dilantik menjadi petugas SPR. Sesama kita okay...

Sayang Malaysia

Love, 

Kolin Zainal 

1 comment:

  1. jalankan tanggungjawab kita sebagai pengundi.. undian kita mengubah dan penentu masa depan negara

    ReplyDelete

loving me..loving you