Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

REVIEW: Syawal Preview dari Bahari Asyek, Pesona Warisan

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Memang tak dinafikan kita belum pun berpuasa lagi. Tapi siapa yang tak mencari-cari busana untuk digayakan pada hari raya nanti kan. Memang pening kalau nak fikir fesyen. Tapi buat yang suka pakaian tradisi macam kolin ini, Bahari Asyek sudah tentunya membuatkan korang tak tidur malam. Dengan bertemakan 'Pesona Warisan' ianya sudah tentu memberikan satu keselesaan dan kelainan di pagi Aidilfitri. Banyak betul rekaan baru yang diketengahkan pada Syawal Preview pada tahun 2018. Hampir 35 rekaan baru yang ditampilkan pada pertunjukkan fesyen yang di adakan di butik mereka sendiri yang terletak di Aras 1, Plaza Shah Alam. Bahari bermaksud barang lama, yang silam, warisan lama, dan Asyek membawa maksud jatuh cinta, suka, terpegun terpesona 

BAHARI ASYEK (Jatuh cinta kepada warisan tradisi bangsa) begitulah maksud yang direalisasikan oleh pemilik butik ini. Dan kalau korang nak tahu mereka sudah pun memasuki tahun ke 10 di persada dunia fabrik dan jua fesyen tau. Kegigihan pemilik memang tak dapat di sangkal lagi, walau butik lain tumbuh bak cendawan selepas hujan okay.





Apa yang menariknya koleksi mereka kali ini ialah kesemua rekacipta busana adalah dari fabrik sendiri. Maknanya korang memang ekslusif lah. Ianya diimport sendiri dan dijual hanya di butik mereka. Dengan kekuatan gandingan pemilik iaitu pasangan suami isteri yang cukup positif dalam memastikan budaya busana melayu terus dipelihara. Tahniah buat Encik Jailani Abd. Ghani dan jua Puan Zahalina Ab. Rahman. Siapa sangka, dahulu ketika ingin merealisasikan butik ini mendapat ejekan sinis tau. Iyelah, kata mereka mana ada orang nak pakai lagi potongan baju melayu lama. Tapi dengan semua rekaan moden yang ada, jangan korang tak tahu, setiap kali perayaan atau ada apa jua acara, butik mereka memang menjadi tumpuan tau. Ini lah dia kelainan di Bahari Asyek


 Inilah pemilik Bahari Asyek

Memperagakan hampir 14 rekaan iaitu Kurung Pahang, Kurung Kedah Sunti, Kurung Kedah Seri, Kurung Riau Asli, Kurung Kuno, Kurung Archipelago, Kurung Jentayu, Kurung Moden, Kebaya Pendek, Kebaya 4 Dara, Kebaya Pahang, Kebaya Cik Siti Wan Kembang dan Kebaya Klasik. Bukan nak kata lah, masa peragawati lalu memperagakan, kolin rasa selesanya fabrik. Sangat praktikal di pakai di pagi raya tau. Iye lah selesa dengan potongan yang sangat elegan, memang boleh tampil menyerlah kewanitaan tau. Lagi bertambah terasa di alam klasik, apabila semua peragawati jalan tu di iringi oleh gesekan biola yang mendayu-dayu. Alahai...memang susah nak jumpa pertunjukkan fesyen penuh dengan ciri-ciri Melayu sebegini. Memang petang kolin hari tu rasa di alam Melayu Lama sekejap.









 Buat yang terkesima, terpegun dengan koleksi mereka, boleh lah ke butik mereka sendiri di Plaza Shah Alam. Hubungi mereka di talian 03-5513 5310. Ataupun korang boleh ke Facebook mereka iaitu:


Bukan nak memuji tanpa sebab, tapi ini lah rekaan yang sangat praktikal kan. Senang dan selesa digayakan.






bahagian belakang baju tu lawa giler

Memang semua rekaan moden itu lawa, tapi rekaan di butik ini tidak lapuk di telan zaman. Ikutkan memang rekaan dan potongan yang asli, itu lah pada pandangan kolin. Macam kebaya pendek tu, memang menjadi pilihan kolin lah selalunya. Tahun lepas kolin dah bergaya dengan kebaya pendek kuning. Kalau korang nak kebaya merah yang trending tahun ini ada jugak wei. Kain terbaik, sangat limited dan ekslusif. Itu janji Bahari Asyek kepada semua pelanggan mereka. Untuk yang masih mencari ada masa lagi tau. Jangan tak singgah dan berikan peluang pada diri sendiri untuk menyelami semua rekaan di butik ini okay. Kolin harapkan Bahari Asyek terus gilang gemilang dan masyur dalam mengetengahkan budaya tradisi melayu. Kalau tak kita siapa lagi kan. Tahniah BA !!



Terima kasih menjemput kolin ye... Seronok...

Nanti raya kolin posing, kolin share ye....Jangan lupa tengok kat FB dan IG semua koleksi Bahari Asyek okay. Nak tanya apa pun boleh, boleh call, boleh juga PM or DM. Semua bakal di jawab dengan mesra oleh kakitangan butik okay. Happy hunting baju raya uolss...



Love, 

Kolin Zainal 


2 comments:

  1. Cantik2nya....seronok plak SA tengok gambar...tak dinafikan koleksi diornag cantik sangat

    ReplyDelete

loving me..loving you