Thursday, June 15, 2017

Trip to Penang: Lunch Nasi Kandar sedap kat area Hotel Neo+ Penang


Assalammualaikum dan salam sejahtera

Buat yang terlepas cerita pasal Hotel Neo+ Penang boleh lah link kat bawah ni yer..Kolin dah nak sambung makan tengahari nasi kandar yang dekat sangat dengan hotel...



Kalau baca episod kedua tu kolin dan family baru lepas abis swimming kat tingkat 25. So dah lapar nak cari lah makan tengahari kan. Yang penting lokasi tempat makan nasi kandar kegemaran sekeluarga ni dekat sangat dekat hotel yang kami menginap. Jangan tak percaya kedai nasi kandar yang viral beratur tak pernah tak panjang beratur tu jaraknya dekat sangat dan boleh jalan kaki sahaja. Inilah dia Deen Maju Nasi Kandar. Bukan nak cakap apa lah, tempat makan ini memang penuh tak pernah tak penuh. Memang gigih beratur tengah-tengah panas tau sebab nak makan nasi kandar yang tengah viral. Buat yang menginap dekat Hotel Neo+ Penang tak perlu lah nak drive kereta. Jalan kaki sahaja sampai terus kat kedai, tak jauh mana pun. Itu yang kolin  cadangkan kalau korang nak ke Pulau Pinang try lah menginap kat sini. Segalanya dekat dan bukan itu sahaja pelbagai tempat menarik jua yang boleh korang terokai. Nak juga pesan korang jangan parking sembarangan kat sini. Sebab majlis perbandaran mereka memang laju aje terus tarik kereta korang yang parking tepi jalan depan kedai tu. Kang tak pasal kena saman RM300 pulak..So jangan drive, jalan kaki sahaja ok. 



Tengok lah yang beratur panjang tu. Walaupun tengah panas demi Nasi Kandar yang terbaik. Macam kolin cakap, nak ke sini dari Hotel berjalan kaki aje.

Lagi satu kolin perhatikan bangunan disini, mereka masih mengekalkan binaan klasik ini. Segalanya masih lama cuma diberi nafas baru dengan cat-cat warna pastel. Kalau sebelah malam tempat ini akan menjadi sebuah restoran. Kalau rajin boleh datang dan buat photoshoot. 





Satu lagi tempat yang patut korang terokai semasa bercuti ialah Armenian Street. Nak ke sini dari hotel lebih kurang 15 minit. Tempat yang penuh dengan sejarah dan pelbagai mural menarik ini tempat patut korang datang tau. Boleh lah try ais kepal RM3 macam kolin dan lisa makan ni. Selain pelbagai makanan lama-lama yang boleh korang cuba, ada jua buskers, jualan barangan kraftangan, barber shop dan pelbagai aktiviti lain. Memang kalau ke Penang tak pergi semua tempat ini rugi !! Tempat banyak yang boleh korang boleh terokai kalau ke Penang ni. Memang selalu ke Penang, sebab suami kolin orang Kedah. Tapi siapa yang akan pernah penat dengan Penang. Makanan, tempat menarik dan pelbagai tarikan lain lagi kalau ke sini kan. Maklumlah ianya di iktiraf World Heritage tau. 





So kalau nak ke Penang, nak mencari tempat penginapan sila lah cuba menginap di Hotel Neo+ Penang. Lokasi mereka yang berada di tengah-tengah bandaraya ini sememangnya memudahkan pelancong dalam dan luar negara. Dengan kemudahan bas ekspress di Komtar, untuk bas tempatan pula memang depan hotel sahaja korang boleh tunggu. Teksi pun senang, lagi bagus korang boleh berjalan kaki sahaja sekitar kawasan hotel sebab banyak tarikan pelancong dan sejarah yang boleh korang jenjalan. Senang weiii lokasi tengah bandar ni, nak cari makan pun senang.





Inilah aktiviti hari kedua kami holiday di Penang. Nanti kolin sambung lagi ye..yang penting lokasi penginapan tu terbaik bagi menyenangkan segala urusan betul tak. Terima kasih membaca!!

Love,

Kolin Zainal 

2 comments:

  1. tempat wajib makan dekat deen maju tu..

    sedap amatt.. hehe

    ReplyDelete
  2. Sedapnya nasi kandaq deen maju. Balik raya nanti nak buat good hunting

    ReplyDelete

loving me..loving you